Pep Guardiola Enggan Minta Maaf Kepada Penyokong Manchester City

Pep Guardiola enggan minta maaf kepada penyokong Manchester City selepas berlakunya salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Pengurus dari Sepanyol itu sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan beliau merayu kepada para penyokong The Citizens untuk hadir ke stadium bagi menyokong pasukan mereka.

Walau bagaimanapun, permintaan beliau disalah ertikan oleh para penyokong yang menganggap Pep seakan-akan meragui kesetiaan mereka terhadap kelab.

Pep ketika itu menyatakan yang beliau akan lebih gembira andai para penyokong, dapat memenuhi stadium untuk menyaksikan kemenangan mereka menewaskan RB Leipzig 6-3 dalam saingan Champions League kemarin.

Beliau kemudiannya merayu pada para penyokong supaya hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada skuad dalam aksi pertemuan bertemu Southampton minggu ini.

Pep turut menegaskan yang beliau sama sekali tidak bermaksud untuk mempertikaikan kesetiaan para penyokong apa lagi mahu meragui sokongan mereka.

“Dalam tiga perlawanan terakhir kita bermain di sini, kita berjaya jaringkan 16 gol. Saya mahu melihat lebih ramai orang datang untuk perlawanan seterusnya minggu ini.”

Jelas Guardiola ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan bertemu RB Leipzig.

“Kita perlukan penyokong, tolonglah, kerana kita akan jadi sangat penat.”

“Saya tahu pasukan kendalian Ralph Hasenhuttl mempunyai permainan sama, terutama cara mereka bermain. Mereka sangat bahaya dan ia merupakan perlawanan yang penting.”

“Jadi saya jemput semua penyokong untuk datang Sabtu nanti jam 3pm untuk berikan sokongan.”

Komen yang dilihat tiada masalah itu walau bagaimanapun telah mengundang rasa tidak senang di kalangan penyokong Manchester City.

Kelab penyokong Manchester City merasakan Guardiola seolah-olah mempertikaikan tentang kesetiaan mereka dan hal itu menyebabkan mereka rasa tidak gembira.

Ketua kelab penyokong Manchester City, Kevin Parker mengakui yang mereka semua terkesan dengan komen yang dikeluarkan oleh Pep Guardiola itu.

“Itu tidak tepat, kehadiran kami kebiasaannya memuaskan.”

“Dia (Guardiola) tidak faham kesukaran segelintir orang yang mungkin tak dapat datang untuk menonton perlawanan pada malam Rabu.”

“Ini juga melibatkan peranan penyokong pasukan lain yang mahu mengambil peluang untuk pergi ke Etihad kerana mahu menonton perlawanan di sini.”

“Orang semua memanggil Etihad sebagai ‘Emptyhad’. Ia memang melucukan untuk penyokong lain tapi ia tidak untuk kami.”

“Dia (Guardiola) tidak dinafikan memang seorang pengurus terbaik dunia, dengan cara yang tersendiri, saya rasa dia perlu kekalkan itu.”

Ketika sidang media sebelum perlawanan bertemu Southampton, Pep Guardiola telah menyatakan bahawa:

“Adakah saya ketika selepas tamat perlawanan bertemu Leipzig itu saya kata saya kecewa kerana stadium tak penuh? Itu hanya tafsiran mereka.”

“Saya tidak akan minta maaf atas apa yang saya katakan. Apa saya katakan adalah satu hal yang kita suka, dan kita perlu sokongan.”

“Tidak menjadi masalah berapa ramai penyokong boleh datang tapi saya jemput mereka untuk datang dan menikmati perlawanan kerana kami perlukan sokongan.”

Guardiola turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengkritik penyokong hanya kerana mereka tidak datang menonton perlawanan di stadium.

“Saya sangat bersyukur dengan sokongan yang kita dapat ketika bertemu Leipzig. Saya tidak pernah keluarkan perkataan untuk mempersoalkan mengapa mereka tak datang. Jika kamu tak boleh datang maka jangan datang.”

“Jika kamu mahu datang maka ia satu kebanggaan, jika tidak tiada masalah.”

“Saya tidak pernah cari masalah dengan para penyokong.”

Tambah Guardiola lagi.

“Jika saya ada masalah saya akan letak tepi, ini bukan masalah, saya salah seorang dari mereka.”

Bekas pengurus Barca dan Bayern itu turut menegaskan yang beliau tahu dari mana datangnya City kerana beliau sudah mengkaji tentang sejarah kelab sejak era bertarung di zon penyingkiran.

“Saya buat silap dan saya di sini untuk minta maaf, tapi dalam situasi itu saya tidak akan minta maaf atas apa saya katakan kerana saya tahu apa niat saya yang sebenarnya.”

“Ia sudah jadi sebahagian dari saya dan saya mahu sentiasa bersama. Saya tahu siapa kita dan saya sangat suka dengan penyokong yang kita miliki.”

Manchester City bakal beraksi bertemu Southampton malam ini dengan mereka terdesak untuk mengutip tiga mata penuh, dalam usaha untuk terus mencabar kejuaraan liga.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu pada ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta liga, dengan mereka satu mata dibelakang tiga pasukan yang mendominasi carta liga, Manchester United, Chelsea dan Liverpool.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN