Bayern Munich Terlampau “Power” Untuk Bundesliga, Belasah Bochum 7-0

Mungkin ada di kalangan peminat bola sepak berpendapat juara sembilan kali, Bayern Munich mungkin terlalu bagus untuk beraksi di Bundesliga Jerman.

Terbaru kelab Bavarian itu membelasah Bochum 7-0 dengan Joshua Kimmich menjaringkan dua gol, tatkala Robert Lewandowski turut tidak terlepas mencetak nama sebagai salah seorang penjaring.

Bermain untuk berseronok

Bayern kini mendahului dengan 13 mata – satu mata mengatasi Wolfsburg yang akan beraksi pada Ahad – telah pun membunuh perlawanan pada babak pertama, tetapi tidak pernah memperlahankan rentak untuk memberikan Bochum kekalahan terbesar mereka di dalam sejarah penyertaan di Bundesliga.

“Kami tidak memberikan Bochum ruang untuk bernafas,” kata pemain tengah, Leon Goretzka yang suatu masa dahulu adalah pemain Bochum.

“Kami cuma menikmati bola sepak dan mahu terus menjadi lebih baik dari perlawanan demi perlawanan.

“Kami mahu menerapkan falsafah jurulatih. Ia adalah hari yang menyeronokkan. Tetapi tidak untuk Bochum, saya berasa sediit sedih untuk itu.”

Bayern Munich tiada tandingan

Bayern nyata tiada tandingan di Bundesliga dan kini mengejar rekod 10 kejuaraan berturut-turut. Gol pertama Bayern hadir melalui percubaan pertama mereka hasil sepakan percuma melencong Leroy Sane pada minit ke-17 perlawanan.

Sane kemudian membantu Kimmich menghasilkan gol kedua 10 minit kemudian. Kesengsaraan Bochum pada babak pertama dilengkapkan dengan gol sendiri Vasillis Lampropoulos.

Selepas itu giliran Robert Lewandowski mencetak gol pada minit ke-61 apabila mudah menolak masuk bola dari jarak dekat untuk menjadi pemain pertama di Bundesliga menjaringkan gol dalam 13 perlawanan di tempat sendiri.

Lewandowski yang menjaringkan 41 gol pada musim lalu sudah pun mencetak 7 gol dari lima perlawanan pertama saingan pada musim ini.

Penyokong yang hadir turut menikmati perlawanan ini sambi melakukan ‘mexican wave’ tatkala Bayern terus memberikan tekanan kepada Bayern.

Hasilnya Kimmich menjaringkan gol keenam pada minit ke-65, dan pemain gantian, Eric Maxim Choupo-Moting melengkapkan gol ketujuh pada minit ke-79 perlawanan.

One Comment

Leave a Reply