Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan skuad kendaliannya masih belum bersedia untuk meraih kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan menegaskan masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memberi respon mengenai kekalahan 2-0 kepada Wolverhampton Wanderers pada awal Oktober dan kemenangan dengan jaringan sama ke atas Crystal Palace pada Sabtu lepas.
City ketinggalan enam mata di belakang penduhulu liga, Liverpool selepas tewas dua kali musim ini. Aksi seterusnya pada awal pagi Rabu, mereka akan melayan kunjungan Atalanta untuk saingan kumpulan C dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah.
🗣| Pep says City 'not ready' to win UCL because they miss too many chances:
“We missed a lot of chances and also lost a lot of chances in the box,” said Guardiola. “We have to be clinical. The people say about the Champions League, that target. We still are not ready.” pic.twitter.com/yA8HxIpO7B
— City Chief (@City_Chief) October 20, 2019
Ini adalah kejohanan yang masih belum dimenangi Guardiola bersama kelab tersebut, tetapi jurulatih warga Sepanyol itu beranggapan selepas kemenangan di Selhurst Park, perjalanan mereka untuk menjuarai kejohanan terulung di Eropah itu masih jauh.
“Kami terlepas banyak peluang apabila menyerang di kawasan lawan dan perlu lebih tajam di hadapan gol. Apabila orang ramai mengatakan tentang keperluan untuk kami memenangi Liga Juara-Juara Eropah, kami nampaknya masih belum bersedia,” Kata Giordiola kepada Sky Sports.
“Kami mencipta banyak peluang dan kami juga jarang dibolosi, tetapi kami perlu perbaiki lagi prestasi pasukan. Dalam dua musim yang lepas, kami adalah pasukan yang menjaringkan banyak gol dan mencipta peluang jaringan.
Saya tidak menafikan perkara itu, tetapi kami tetap perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkannya atau menjadi lebih baik.
Pick one word to describe this save…GO! 🙌
🔵 #ManCity pic.twitter.com/R5K1TuPm8B
— Manchester City (@ManCity) October 20, 2019
Guardiola turut merujuk kepada tindakan Ederson yang menyelamatkan percubaan Christian Benteke pada separuh masa kedua yang memastikan City kekal menguasai perlawanan di Selhurst Park.
City berpeluang menambah dua lagi gol menerusi percubaan lewat Kevin De Bruyne yang terkena tiang dan rembatan jarak dekat Raheem Sterling yang tersasar.
Bagaimanapun itu tidak mengubah keputusan perlawanan memandangkan dua gol pada separuh masa pertama oleh Garbriel Jesus dan David Silva sudah cukup untuk memastikan City membawa pulang tiga mata.
🗣️ "I will forgive if the players cannot get it, but not if they do not try hard."
– Pep Guardiola pic.twitter.com/ElulWOsrjD
— The Coaches' Voice (@CoachesVoice) October 16, 2019
Guardiola menghamburkan pujiannya buat Jesus yang sudah mengumpul 50 gol bersama City sejak tiba di Etihad pada Januari 2017 dari Palmeiras dengan nilai perpindahan £27 juta.
“Dia [Jesus] mempunyai kerier yang panjang di sini dan dengan mentalitinya yang positif, dia akan meraih lebih banyak kejayaan.
Dia dahagakan gol, dia akan menjadi penyerang yang penting dan berpengaruh di seluruh dunia. Kami beruntung kerana memilik pemain sepertinya.” Tambah Guardiola lagi.
“Gabriel sentiasa mempamerkan prestasi yang baik sejak dari awal. Malangnya beliau dilanda dua kecederaan serius. Musim lepas adalah tempoh sekuar buatnya, terutama selepas kejohanan Piala Dunia. Ianya bukan mudah, tetapi dia sangat kuat.
⚽ Gabriel Jesus
🔵5️⃣0️⃣th goal for @ManCity in all comps (110th app)
🔵Scored 4️⃣5️⃣ goals in 64 starts
🔵Third player to score 5️⃣0️⃣+ goals for club under Guardiola
🔵 Scored in 4 successive away apps for first time in City career pic.twitter.com/EuzWMsuLqp— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) October 19, 2019
“Sekarang dia adalah pemain nombor sembilan Brazil. Kelab ini berjaya membawa masuk pemain muda yang menakjubkan dengan harga yang berpatutan. Salah satu pembelian terbaik kelab ini.
“Untuk bersaingan dengan Sergio [Aguero], mungkin itu perkara yang paling mencabar. Sergio adalah Legenda dan pemain handalan dunia tetapi Gabriel tetap tenang,
“Dia bersaing secara sihat untuk merebut tempat dalam pasukan utama. Dia menerima segala keputusan barisan kejurulatihan. Dalam sesi latihan, dia berjuang bagaikan singa. tetapi dia masih muda dan masih berpeluang untuk perbaiki segala kelemahan yang ada.”