Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menegaskan misi menjulang empat kejuaraan mustahil direalisasikan selepas juara Inggeris itu mara ke final Piala FA dengan menewaskan Brighton 1-0 di Wembley, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Gabriel Jesus sudah cukup buat City yang bergelut menentang Seagulls tetapi masih mampu meraih kemenangan ke-22 daripada 23 perlawanan.
Pep Guardiola today:
– Becomes the first manager to reach both major domestic English cup finals in the same season since Kenny Dalglish with Liverpool in 2011-12 campaign.
– He has now reached the final of every cup competition he has ever entered as a manager: pic.twitter.com/gnF4dW4bSJ
— City Chief (@City_Chief) April 6, 2019
Skuad Guardiola akan kembali ke Wembley menentang Watford atau Wolves pada 18 Mei depan dan berpeluang mencipta sejarah bola sepak Inggeris dengan merangkul tiga trofi kejohanan domestik dalam satu musim.
City ketinggalan dua mata di belakang Liverpool dalam Liga Perdana tetapi juara bertahan itu mempunyai kelebihan satu perlawanan di samping trofi Piala Liga yang dimenangi pada Februari lalu.
Menjelang aksi peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham pada awal pagi Rabu ini, Guardiola berkata, ia memerlukan keajaiban untuk merangkul empat trofi.
Pep Guardiola has now reached the final of every cup competition he has ever entered as a manager:
✅ Copa del Rey
✅ Champions League
✅ Club World Cup
✅ DFB-Pokal
✅ EFL Cup
✅ #FACup pic.twitter.com/nBGoVtZ6yA— Coral (@Coral) April 6, 2019
“Saya akan umumkan sesuatu. Hampir mustahil menjulang ‘quadruple’,” kata Guardiola.
“Melepasi peringkat ini adalah satu keajaiban. Kami masih di sini. Ia mengagumkan selepas apa yang dilakukan pemain saya.
“Kami kehilangan pemain dalam setiap perlawanan tetapi ia normal jika anda beraksi dalam banyak perlawanan. Kami akan terus mencuba sehingga ke penghujung setiap perlawanan.”
Brighton pula tak puas hati dengan keputusan kontroversi pengadil yang tidak melayangkan kad merah kepada Kyle Walker selepas hampir tercetus pergaduhan dengan Alireza Jahanbakhsh.
Pep Guardiola explains why Kyle Walker was subbed off at half-time of Man City 1-0 Brighton – Squawka https://t.co/hj2lcLiyf8
— UK Sports News Bot (@UKNewsBot1) April 6, 2019
“Saya melihatnya beberapa kali dan pendapat saya dia sepatutnya menerima kad merah,” kata pengurus Brighton, Chris Hughton.
“Kami mahu semua pemain bersikap jujur dan jika Alireza berpura-pura menekup kepalanya mungkin keputusan pengadil berbeza.”
Ketiadaan Sergio Aguera yang mengalami kecederaan memberi peluang kepada Jesus membuktikan ketajamannya apabila menanduk masuk pada minit ke-3 selepas mendapat hantaran cantik Kevin De Bruyne sekali gus jaringan ke-18nya musim ini.