Previu MSL 2019: Pahang Tekad Kekalkan Prestasi Konsisten Malam Ini

Malam ini Pahang akan melayan kunjungan PJ City FC di Stadium Darul Makmur untuk perlawanan ke 8 Liga Super. Kedua-dua pasukan dijangka tidak mendapat bimbingan ketua jurulatih, Dollah Salleh dan K. Devan.

Ini kerana mereka menghadiri kursus lesen pro AFC di Kuala Lumpur dan kemungkinan tugas itu akan dipikul oleh penolong jurulatih masing-masing.

Bagi Pahang, ia bukan tugas yang mudah kerana mereka perlu mengutip 3 mata penuh untuk terus mencabar pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala PJ City FC turun dengan misi untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Mampukah PJ City FC pecahkan rekod tanpa kalah Pahang?

Pahang adalah pasukan kedua yang masih belum tewas dalam saingan Liga Super setakat ini selain JDT. Malah, skuad tok gajah masih konsisten mengutip 3 mata penuh dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak menentang PKNP FC pada 2 Mac lalu.

Ia akan menjadi ujian yang sukar kepada skuad kendalian K. Devan itu untuk melakukan kejutan di Stadium Darul Makmur malam ini selepas mereka menewaskan PKNS FC, 1-0 melalui jaringan Aizulridzwan.

Memandangkan juara bertahan, JDT masih berada di takhta Liga Super dengan 20 mata, skuad Tok Gajah tidak boleh lagi tercicir mata dan mereka perlu memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri. Situasi tersebut menjanjikan perlawanan yang sengit malam ini kerana kedua-dua pasukan sememangnya terdesak untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

FOTO: PJ City FC

Rekod pertemuan

Pahang hanya pernah bertemu sekali dengan pasukan PJ City FC yang sebelum ini dikenali sebagai MISC MIFA FC dalam saingan Piala FA. Namun, rekod itu tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar kerana skuad PJ City kali ini dibarisi oleh barisan pemain yang lebih berpengalaman.

21 Mac 2015:
Pahang  2-1 PJ City FC (Piala FA)

Herold Goulon, Dollah Salleh
Pertahanan Pahang, Herold Goulon meraikan gol pertamanya untuk Pahang. (Foto: Pahang FA)

Taktikal pasukan

Memandangkan Dickson Nwakaeme tidak akan beraksi malam ini, Pahang dijangka akan terus mempertaruhkan gandingan Ze Eduardo dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan dengan menggunakan formasi 4-4-2.

Malah, bintang muda Indonesia, Saddil Ramdani turut akan kembali memperkuatkan bahagian sayap kiri manakala Mohamadou Sumareh di bahagian sayap kanan. Pahang dilihat bergantung kepada kekuatan bahagian sayap untuk mengatur serangan ke kubu lawan.

PJ City FC pula akan mengekalkan formasi 3-4-3 dengan mempertaruhkan gandingan bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali bersama dua pemain import, Serginho dan Pedro Henrique di bahagian serangan.

Menggunakan 3 pemain pertahanan mempu memberi risiko kepada pasukan itu kerana Pahang adalah pasukan jenis “Attacking Minded” yang akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap kesilapan benteng pertahanan lawan.

Biarpun terdapat beberapa pemain muda dalam kesebelasan utama skuad PJ City FC, namun kekuatan mereka bergantung kepada kreativiti pemain tengah dari Korea Selatan, Bae Beom Geun sambil dibantu oleh Barathkumar.

Ze Love. Kredit foto: Pahang FA
Ramalan Semuanya BOLA

Sudah pastinya Pahang tidak rela rekod tanpa kalah mereka lebur di tempat sendiri kerana boleh menjejaskan usaha mereka untuk mencabar pendahulu liga super.

Perlawanan malam ini bergantung kepada sejuah mana kebijaksanaan pembantu jurulatih merencanakan taktikal kerana kedua-dua pasukan tidak dapat menggunakan khidmat ketua jurulatih masing-masing yang menghadiri kursus di Kuala Lumpur.

Pasukan yang kurang melakukan kesilapan berpeluang cerah untuk muncul sebagai pemenang.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan sedutan perlawanan minggu-minggu sebelumnya. Teruskan setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN