Penyudah Berbisa Ivan Mamut Ditagih Untuk Benam Cabaran KL Rovers

Kelibat penyerang berbisa Terengganu, Ivan Mamut antara pemain paling mencuri tumpuan ketika ini untuk aksi kedua Piala Malaysia 2023 membabitkan pasukan tersebut menentang Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers).

Pada aksi lalu, Terengganu berjaya mencipta kemenangan besar 4-0 ketika mengatasi KL Rovers di gelanggang lawan dengan Mamut berjaya mencetak hatrik pertama beliau musim ini di Malaysia.

Momentum yang ditinggalkan pada perlawanan itu menyaksikan beliau mendapat pujian daripada ramai para penyokong Terengganu menerusi media sosial atas ketajaman dipamerkan beliau.

‘2 Kali Cipta Hatrik’- Ivan Mamut Bukti Penyerang Paling Berbisa Buat Terengganu

Jika diikutkan, musim ini bukan sesuatu yang bagus buat Mamut sejak penyertaan beliau bersama Terengganu selepas pemain ini dilihat lambat menyesuaikan diri dengan saingan Liga Malaysia (Liga M).

Apa tidaknya, penyerang kelahiran Croatia ini begitu tumpul di hadapan gol dan tidak memberi impak positif selaku penyerang utama buat Sang Penyu dalam beberapa aksi awal dihadapi.

Namun kini, secara perlahan-lahan Mamut mula memberi reaksi positif bersama pasukan dengan membuktikannya di hadapan gol lawan menerusi ketajamannya yang selama ini ditagih.

Untuk aksi pembukaan Piala Malaysia sahaja, Mamut sudah pun merekodkan diri beliau selaku penjaring terbanyak dalam saingan tersebut dan dijangka jumlah itu bakal bertambah pada aksi malam ini.

Daripada tiga perlawanan terakhir dihadapi Mamut bersama Terengganu, penyerang ini sudah pun meledak dua kali hatrik dengan tujuh jaringan direkodkannya untuk mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Antara faktor Mamut kini semakin tajam pastinya terarah kepada rakan sepasukan lain seperti Nurillo Tukhtasinov serta Engku Nur Shakir yang memberi sokongan terbaik buat penyerang itu di posisi serangan.

Tanpa kelibat Jordan Mintah bersama pasukan utama serta ketiadaan Adisak Kraisorn, sandaran utama Sang Penyu ketika ini di posisi serangan terarah kepada Mamut seorang sahaja.

Selain kelibat Mamut, aksi penyerang tempatan seperti Engku Shakir juga ketika ini mencuri tumpuan ramai menerusi statistik beliau buat Terengganu sedang meningkat naik.

Dijangka Engku Shakir juga bakal disenaraikan oleh Tomislav Steinbruckner untuk aksi malam ini bagi memberi gandingan terbaik bersama Mamut, Nurillo, serta Sony Norde di posisi serangan Terengganu.

Berkelebihan beraksi di laman sendiri, tentunya ia meningkatkan motivasi para pemain Sang Penyu untuk memastika mereka menjadi antara pasukan yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN