‘2 Kali Cipta Hatrik’- Ivan Mamut Bukti Penyerang Paling Berbisa Buat Terengganu

Penyerang import Terengganu, Ivan Mamut terus membuktikan beliau kini selaku antara penyerang paling berbisa pernah dimiliki buat Sang Penyu dengan membuktikan ketajamannya di hadapan gol.

Terbaharu, Mamut berjaya meledak hatrik ketika aksi bertemu Kelantan dengan Terengganu melakar kemenangan besar 8-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Untuk rekod, ini merupakan jumlah gol terbesar musim ini berjaya dilakar Terengganu dan kemenangan kali ketiga berturut-turut telah dicatat Sang Penyu ketika berdepan cabaran derbi Pantai Timur menghadapi Kelantan.

Sebelum itu, Mamut masih lagi segar dengan rekod hatrik dicipta beliau pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2023 selepas beliau membantu Terengganu menewaskan Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers) di laman sendiri.

Momentum Mamut di hadapan gol terus positif pada aksi seterusnya dalam saingan Liga Super pula dengan satu gol dihasilkan penyerang tinggi lampai itu ketika mereka membenam cabaran Kelantan United.

Daripada tiga perlawanan terakhir beliau bersama Terengganu, kini Mamut sudah pun meledak tujuh gol bersama impak cukup besar diberikan beliau di hadapan gol.

Tampil dengan prestasi yang sedikit perlahan musim ini, Mamut menjadi antara pemain yang paling banyak dikritik segelintir penyokong Terengganu sejak awal penampilan kerana tumpul di hadapan gol.

Penyerang dari Croatia ini menjadi antara rekrut terbaharu buat Terengganu, selepas pasukan tersebut membuat rombakan besar sejak awal musim bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Selain Mamut, Terengganu turut menandatangani khidmat Adisak Kraisorn serta mengekalkan Jordan Mintah selaku penyerang utama untuk mewujudkan persaingan sihat di posisi hadapan.

Menerusi situasi semasa, Mamut memastikan beliau lebih layak untuk bergelar penyerang utama Terengganu berdasarkan konsistensi diberikannya dalam setiap perlawanan dihadapi.

Statistik gol semasa Mamut dalam saingan Liga Super juga kini lebih memberansangkan selepas beliau berjaya meledak 10 gol kini bersama Terengganu serta satu bantuan jaringan daripada 16 penampilan.

53 jumlah percubaan pula sudah dilepaskan Mamut ketika ini di hadapan gol dengan kadar ketepatan beliau sebanyak 47.2 % dan dijangka akan terus meningkat pada aksi seterusnya.

Pastinya ia bukan sesuatu yang mudah buat Mamut kerana ini merupakan pertama kali aksinya di Malaysia dan memerlukan penyesuaian terbaik untuk memahami segala diingini kejurulatihan.

Menerusi jumlah gol tersebut, dijangka Mamut kini semakin bermotivasi untuk membantu Terengganu pada baki saingan domestik serta kejuaraan Piala AFC tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN