Penyudah Berbisa Abu Kamara Antara Perlu Diberi Perhatian Oleh Pertahanan Kedah

Kelibat penyerang Kuching City iaitu Abu Kamara antara pemain yang bakal menjadi perhatian penting untuk aksi malam ini membabitkan pasukan tersebut menentang Kedah Darul Aman (Kedah) bagi perlawanan suku akhir pertama Challenge Cup malam ini.

Beraksi di laman sendiri, pastinya ini menjadi peluang besar buat Kuching City untuk memanfaatkannya bagi memburu bekalan selesa sebelum mereka berkunjung pula ke Stadium Darul Aman (SDA), Alor Star.

Bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, pasukan ini sebenarnya masih lagi mencari keserasian terbaik dengan sedikit rombakan kecil kesebelasan utama dapat dilihat selepas beberapa perlawanan terakhir.

Berdepan Kedah, pastinya ia menjadi suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan kerana Aidil sendiri pernah membimbing serta memberi beberapa kejayaan buat pasukan tersebut sepanjang lima musim di sana.

Manakala Nafuzi Zain juga pastinya enggan pulang dengan lebih awal pada saingan kali ini kerana ia satu-satunya kejohanan terakhir masih terbuka buat pengendali tersebuy untuk mencapainya bersama Kedah.

Untuk aksi malam ini, beberapa pemain dilihat menjadi tumpuan utama untuk membantu pasukan masing-masing mencatat keputusan positif serta mampu memberi impak tersendiri.

Abu Kamara (Kuching City)

Penyerang ini pastinya menjadi sandaran utama Kuching City dalam usaha mereka untuk merobek pertahanan Kedah yang dianggap konsisten sejak beberapa perlawanan lalu.

Setakat ini rekod menyaksikan Kamara merupakan penjaring terbanyak buat Kuching City selepas beliau membuktikan dirinya masih konsisten selepas dua tahun mewakili pasukan tersebut.

Selain tajam di hadapan gol, Kamara juga merupakan pencetus utama kepada siri serangan pasukan tersebut menerusi kualiti dimiliki beliau dalam membuka ruang serta bijak melepaskan umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan lain.

Pertahanan Kedah pastinya perlu memberi perhatian penuh kepada penyerang dari Liberia ini jika mereka tidak ingin dibolosi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Moses Atede (Kedah)

Pemain tengah Sang Kenari ini boleh dianggap sedang berada dalam momentum terbaik bersama pasukan tersebut selepas melalui beberapa perlawanan menerusi impak positif dipamerkannya di atas padang.

Selaku pemain yang beraksi di bahagian tengah, Atede merupakan tonggak paling berpengaruh buat Sang Kenari untuk mengawal tempo permainan serta kreatif membuka ruang buat pemain serangan lain menghasilkan jaringan.

Malah, Atede sendiri memiliki keupayaan cukup tinggi untuk melepaskan rembatan jarak jauh dengan tepat dan barisan pemain Kuching City wajar untuk mengawal beliau daripada bebas berhampiran kawasan mereka.

Manuel Hidalgo (Kedah)

Salah satu pemain paling berbahaya musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas Hidalgo membuktikan tahun pertama beliau bersama Kedah jelas tidak sia-sia selepas berpindah dari Pahang.

Seperti diketahui, Hidalgo merupakan seorang yang sangat lincah dalam mengawal bola untuk mengatasi pertahanan lawan, selain licik melepaskan umpanan berbahaya buat penyerang Kedah menghasilkan gol.

Statistik Hidalgo sendiri pada musim ini tampil dengan sangat positif menerusi sumbangan bantuan jaringannya selain beliau juga memiliki kepakaran untuk melepaskan rembatan jarak jauh dengan tepat ke arah gawang gol lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN