Penyokong United Yang Ke Russia Dinasihat Tidak Memakai Pakaian Berunsurkan Kelab

Penyokong Manchester United telah dinasihatkan untuk tidak memakai persalinan yang menunjukkan mereka adalah penyokong Manchester United.

Paling ditegah adalah memakai jersi pasukan kebangsaan England, terutama sekali ketika mereka berada di luar stadium yang tidak ada kawalan keselamatan.

Ini kerana, risau hooligan di Russia akan mensasarkan mereka kerana sentimen anti England.

Sebelum ini hooligan Russia telah memberikan amaran kepada penyokong-penyokong England menjelang Piala Dunia Russia 2018.

Bahang kebencian hooligan Russia ke atas penyokong England memuncak ketika temasya Piala Eropah 2016.

Hooligan Russia dan England telah bertembung dan bergaduh ketika perlawanan England menentang Russia. Beberapa insiden turut berlaku di luar stadium.

Ketua Urusan Tiket dan Keahlian Manchester United, Sam Kelleher, telah menulis surat khas kepada penyokong-penyokong United yang akan berkunjung ke Russia.

Mesej Kelleher berbunyi:

“Atas sebab keselamatan, anda dinasihatkan tidak memakai persalinan yang ada unsur-unsur Manchester United ketika di Rostov.”

“Ini dikhuatiri akan menarik perhatian hooligan terutama sekali ketika anda sedang berjalan-jalan di sekitar bandar.”

“Seboleh-bolehnya, sila kekal dalam kumpulan anda dan jangan sesekali berjalan berseorangan di bandar Rostov.”

“Ancaman mungkin akan timbul daripada pihak yang tidak berpuas hari selepas insiden kekacauan dan keganasan ketika temasya Eropah musim panas lalu.”

“Sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah yang anda ambil ketika di sana.”

Diharap tidak ada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang acara ini nanti.

Hooliganisme di Russia agak kritikal. Sebelum ini mereka turut bergaduh sesama sendiri.

Untuk makluman, Manchester United memiliki pengikut yang ramai di Russia, mungkin ini sedikit melegakan mereka yang berkunjung ke Russia.

Baca juga: Hooligan Rusia Beri Amaran Akan Belasah Penyokong England Di Piala Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN