Selepas kes penyokong Bosnia Herzegovina yang menganggu upacara tafakur seminit sempena tragedi serangan Paris, semalam giliran penyokong Turki pula melakukan perkara sama.
Kejadian berlaku sebelum bermulanya perlawanan persahabatan antara Turki dan Greece di Stadium Basaksehir Fatih Terim.
Siulan kuat dan ejekan boo daripada penyokong Turki jelas kedengaran ketika upacara tafakur seminit dimulakan.
Kemudian, ia diikuti oleh sorakan ‘şehitler ölmez, vatan bölünmez’, yang bermaksud ‘pejuang syahid tak pernah mati, negara kita tidak akan berpecah’.
https://www.youtube.com/watch?v=pqip0u0oL5o
Ia adalah sorakan biasa orang Turki untuk memperingati mangsa perang atau konflik yang mengorbankan nyawa.
Sesetengah wartawan yang hadir dalam perlawanan tersebut juga melaporkan ada sorakan ‘Allahu Akbar’ daripada kumpulan penyokong Turki.
https://twitter.com/MatinaStevis/status/666693166628761600
Istanbul fans boo minute of silence for Paris attacks, chant "Allahu akbar" before Turkey vs Greece soccer friendly
— Ece Toksabay (@ecetoksabay) November 17, 2015
Berdasarkan tinjauan kami di portal akhbar antarabangsa seperti Daily Mail dan Reuters, rata-ratanya tidak membuat artikel tinjauan mengapa penyokong Turki tidak turut serta dalam upacara tafakur tersebut.
Ini sesuatu yang sangat berbahaya lebih-lebih lagi dengan sentimen Islamophobia yang semakin menjadi-jadi di Barat ketika ini.
Mengapa penyokong Turki tidak menghormati upacara tafakur seminit sebelum perlawanan?
Punca utama penyokong Turki bersiul dan mengejek boo upacara tafakur memperingati mangsa serangan Paris adalah kerana sokongan kerajaan Perancis kepada Parti Buruh Kurdistan (PKK).
PKK adalah parti politik yang memperjuangkan hak orang Kurdish untuk memperolehi negara sendiri.
Oleh itu, kerajaan Turki melihat cita-cita politik PKK sebagai ancaman keharmonian sosio-ekonomi Turki.
2 minggu lepas seorang pemimpin PKK, Zübeyir Aydar diberi ruang dan masa untuk berucap di Parlimen Perancis.
Sedangkan di Turki, Zübeyir Aydar dikehendaki di Turki kerana menjadi pemimpin parti yang menggalakkan orang Kurdish berperang memerangi kerajaan Turki.
Maka sebab itulah sebilangan penyokong Turki tidak menghormati upacara yang melibatkan negara Perancis.
Tetapi jika anda mendengar video di atas betul-betul, anda dapat mendengar siulan dan ejekan boo penyokong Turki ditenggelami oleh sorakan penyokong Turki yang lain.
Persoalannya siapa pula penyokong Turki yang bersorak ini? Mengapa mereka tak ikut bersiul dan boo?
Mengapa ada sorakan di tengah-tengah siulan dan ejekan?
Sorakan ‘şehitler ölmez, vatan bölünmez’ (contoh dalam video bawah) adalah tindak balas penyokong Turki yang tak bersetuju dengan siulan dan boo penyokong Turki yang lain.
https://www.youtube.com/watch?v=WfIvNn8tqzo
Majoriti penyokong Turki yang bersiul dan boo itu adalah rakyat Turki yang pro-kerajaan dan anti-Kurdistan.
Manakala penyokong yang bersorak pula adalah rakyat Turki yang mahu peperangan antara kerajaan Turki dan puak Kurdistan dihentikan.
Mereka bersorak untuk mengenang hampir 100 peserta perarakan keamanan yang terbunuh dalam letupan bom di Ankara.
Dalam perarakan keamanan tersebut, penganjur mahukan kerajaan Turki dan puak Kurdistan (melalui parti PKK) berhenti berperang sesama sendiri.
Jadi dengan bersorak, mereka mahu menenggelamkan siulan dan boo penyokong Turki yang pro-kerajaan.
Apa reaksi rakyat Turki terhadap berita ini?
Rata-rata rakyat Turki malu dengan tindakan penyokong Turki pro-kerajaan yang bersiul dan mengejek boo upacara tafakur tersebut.
Bagi mereka, perbezaan ideologi politik tidak menghalalkan cara mereka yang jelas tidak menghormati keluarga mangsa serangan Paris.
Malah ini bukan kali pertama penyokong Turki pro-kerajaan tidak menghormati upacara tafakur seminit.
Mereka juga turut tidak menghormati upacara tafakur seminit untuk memperingati hampir 100 mangsa pengeboman di Ankara ketika sebelum perlawanan antara Turki dan Iceland.
Baca juga: Penyokong Bosnia Jerit ‘Palestin, Palestin’ Ketika Upacara Tafakur Seminit Dipukul