Penyokong Tok Gajah Perlu ‘Sabar’ Sebulan Lagi Untuk Aksi Pertama Sri Pahang

Sri Pahang Terengganu perlawanan tunda sebulan

Nampaknya, aksi pertama Sri Pahang tertunda selama sebulan akibat pasukan mereka disahkan positif Covid-19 menjelang sepak mula pembuka tirai saingan Liga Super 2022 berdepan Terengganu FC, pada malam tadi.

Oleh itu, tiada sebarang aksi daripada skuad Tok Gajah sehingga aksi ketiga Liga Super yang dijangka pada 06 April depan. Selain Terengganu, aksi mereka berdepan Selangor FC pada Selasa depan serta aksi pertama Piala FA 2022 berdepan Manjung City FC pada 12 Mac depan turut terpaksa ditunda akibat perlu menjalani kuarantin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam, pihaknya telah menerima laporan daripada Sri Pahang semalam di mana seramai 20 pemain dan pegawai dijangkiti Covid-19.

Katanya lagi, UiTM FC turut berdepan masalah sama apabila 12 pemain didapati positif Covid-19 manakala baki barisan pemain pula berstatus kontak rapat bergejala sekali gus menyaksikan aksi Liga Premier menentang Terengganu FC II pada Sabtu dan aksi Piala FA 2022 bertemu Kuching City FC pada Selasa terpaksa ditunda.

Sementara satu lagi pasukan dari Liga Premier, Perak FC mengesahkan seramai enam pemain positif Covid-19 dan 14 pemain kontak rapat bergejala sekali gus perlawanan bertemu Kelantan United pada Sabtu untuk aksi pertama Liga Premier dan pertemuan dengan Kijang Rangers FC pada Isnin depan juga terpaksa ditunda.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaharu MFL adalah kelab hanya layak untuk memohon penangguhan perlawanan sekiranya 50 peratus atau lebih dari jumlah pendaftaran skuad utama bagi pegawai dan pemain yang layak didaftarkan pada hari perlawanan dijangkiti Covid-19 atau kontak rapat bergejala.”

Stuart Ramalingam

Sebelum itu, Utusan Malaysia telah melaporkan tentang penundaan melibatkan perlawanan Selangor FC 2 menentang skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC berdepan Kuching City pada Sabtu dan Isnin depan.

Darul Makmur ‘Bergelap’, Perlawanan Terengganu-Sri Pahang Mungkin Akan Ditunda

Pada malam tadi, menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga M) bermula, tiba-tiba arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan kemungkinan aksi minggu pertama antara Terengganu FC dan Sri Pahang bakal ditunda.

Bermula dengan perkongsian di InstaStory penolong jurulatih Terengganu, Hairuddin Omar, jelas ia adalah gambaran awal yang sudah diberi perlawanan tersebut telah ditunda. Tulisnya, “Ramai positif, ‘game’ tunda.”

Satu perkongsian perbualan daripada WhatsApp Group melibatkan pemain tengah Sri Pahang, Nor Azam Azih, pula memberi gambaran yang ramai pemain Tok Gajah telah disahkan positif dan terpaksa menjalani kuarantin.

“Assalamualaikum semua. Baru tadi Azam dapat call yang player ramai yang positif covid termasuk Azam. Sekarang ni, Azam kena kuarantin dalam rumah. Alhamdulillah, semua takde kontak rapat dengan Azam.”

Dalam pada itu, laman Facebook rasmi Sri Pahang mengesahkan lebih separuh pemain dan pegawai pasukan telah dijangkiti Covid-19. Mereka turut memohon maaf kepada para penyokong yang terpaksa menunggu lama.

“Kami di SPFC memohon maaf kerana penyokong perlu menunggu lebih lama untuk menyaksikan aksi sulung pasukan, namun sudah tentunya kesihatan dan keselamatan semua sentiasa menjadi keutamaan.

“Kepada penyokong yang telah membeli tiket perlawanan Sri Pahang menentang Terengganu FC, tiket tersebut boleh digunakan untuk aksi yang dijadualkan semula nanti.”

Sri Pahang FC

Mengikut jadual, aksi sulung Sri Pahang dijangka pada minggu ketiga Liga Super bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman pada 06 April depan. Nampaknya penyokong Sri Pahang perlu bersabar lebih sebulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN