Seorang penyokong Stoke telah memberikan analisis beliau tersendiri di atas kekalahan Stoke 1-2 kepada Liverpool.
Liverpool ketinggalan 1-0 di Britannia pada separuh masa pertama selepas jaringan Jon Walter. Stoke kemudian hampir mendapat gol kedua menerusi beberapa cubaan menarik namun aksi Mignolet sangat cemerlang.
Antara point blank saves yang dilakukan Mignolet adalah ketika menafikan cubaan Berahino dan Charlie Adam.
Pada separuh masa kedua, Klopp memasukkan duo Brazil, Coutinho dan Firmino dan memansuhkan sistem 3-4-3 kepada 4-3-3.
Hasilnya, Liverpool menekan Stoke dengan kuat dan duo tersebut masing-masing menjaringkan 1 gol untuk Liverpool menang 1-2.
Tatkala beberapa pundits dan pengulas membentangkan kegagalan Stoke mendapat gol kedua kerana refleks Mignolet menafikan sitter chances antara punca Stoke kalah.
Jika tidak, Stoke sudah boleh menang sekurang-kurangnya 3-2. Ramai juga pundit yang memberikan kredit kepada perubahan taktikal Klopp pada separuh masa kedua. Siap ada yang menerangkan pada skrin interaktif.
Lelaki ini pula ada teori lebih mudah. Dengan berpeluk tubuh, beliau memberitahu, Stoke kalah kerana suar yang dibakar oleh segeintir penyokong Liverpool.
Beliau bercakap kepada siaran pro-Liverpool, Redmen TV, dengan nada tidak berpuas hati dia berkata:
“Orang-orang awaklah (tuju kepada Redmen yang penyokong Liverpool), saya bukan nak melawak tetapi ada penyokong (Liverpool) membakar suar di South Stand.”
“Ia tindakan memalukan! Asap merah tu lalu di atas kepala.”
“Kelab anda ada sejarah yang hebat, kelab yang dihormati, kelab yang telah menetapkan standard kepada kelab lain. Tetapi apa yang dilakukan mereka tadi telah membuatkan nama kelab anda menjadi kotor.”
“Saya sebelum ini menghormati Liverpool. Hari ini saya akan mengubahnya. Saya rasa suar tadi secara fizikalnya mengubah keputusan perlawanan.”
“Kami yang berada di belakang tadi pun tak nampak bola, jadi pemain di dalam pun tak nampak ketika Firmino melepaskan sepakan peluru itu.”
Namun berdasarkan pemerhatian, penjaga gol Stoke jelas sekali tidak terganggu dengan suar itu. Beliau menunjukkan reaksi yang pantas untuk menyelamatkan bola. Namun cubaan itu terlalu bagus untuk diselamatkan.
https://www.youtube.com/watch?v=pOg3nveeuwQ
Di akhir perbualan, beliau agak kecewa dan memberitahu Stoke City adalah kelab yang kerjanya asyik merancang untuk 5 tahun.
Lepas pengurus itu bertugas 5 tahun, masuk pula pengurus baru dengan perancangan 5 tahun.
Baca juga: Polisi Penggiliran Pemain Dipertikai Selepas Seri Dengan Stoke, Guardiola Beri Respon