Chant Sinikal Ultras Melaka Kepada Pemain Yang Longlai Di Atas Padang

Ultras Melaka antara penyokong yang dikenali dengan chant-chant padu mereka. Musim lalu mesti anda masih ingat bagaimana mereka melakukan viking clap bersama-sama pemain-pemain Melaka.

Ianya sebagai sorakan meraikan aksi cemerlang pasukan mereka di atas padang. Anda boleh saksikan kembali bingkisan imbas kembali itu di sini:

Namun musim ini, kesabaran mereka agak tercabar apabila pasukan Melaka United gagal memberikan aksi terbaik di Liga Super pada musim ini.

Kekalahan demi kekalahan membuatkan mereka kini berada hanya 1 mata di atas zon penyingkiran. Melaka kini masih belum menang dalam 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Daripada 5 perlawanan terakhir itu, 4 kekalahan dan 1 seri telah dicatatkan. Hanya 2 gol dijaringkan serta 16 bolos dicatatkan dalam tempoh tersebut.

MALAYSIA. Johor Bahru: Safiq Rahim of JDT scores his goal during Super League match between JDT and Melaka at Larkin Stadium on April 9, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

Ianya satu rekod yang menyedihkan untuk mereka kenang. Pasukan Melaka kini menjadi pasukan pertama yang bolos lebih 20 gol selepas 9 perlawanan.

Menjadikan mereka pasukan yang paling bocor setakat ini di Liga Super dengan 21 bolos dari 9 perlawanan.

Dengan persiapan awal musim yang agak meriah dengan kemasukkan beberapa bintang, penyokong Melaka pastinya mengharapkan aksi yang lebih baik.

Ini adalah chant daripada Ultras Melaka yang ditujukan kepada pemain-pemain yang gagal beraksi cemerlang:

Melaka tewas 7-0 di Larkin dengan aksi pemain yang sangat mengecewakan.

Misi mereka kini adalah untuk kekal di dalam Liga Super pada musim hadapan. Pada masa yang sama, mereka pastinya mahu merebut slot ke Piala Malaysia musim ini.

Kami berharap agar pasukan Melaka bangkit daripada kemelut prestasi semasa.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Angka 7 Jadi Talian Hayat Mora, Melaka United Kritikal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN