Penyokong Sri Pahang ‘Mahu’ Dollah Salleh Kekal Terajui Pasukan

Sri Pahang

Musim Sri Pahang telah pun berakhir untuk tahun 2022 selepas mereka kecundang ditangan Terengganu pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia.

Boleh dikatakan, musim ini Pahang mengalami perjalanan yang tidak begitu menarik untuk dikenang baik dalam saingan liga atau pun kejuaraan.

Dalam saingan Liga Super, Pahang menamatkan cabaran dengan menduduki tangga ketujuh selepas memperoleh 28 mata.

Ini selepas mereka berjaya mendapatkan lapan kemenangan, empat seri dan 10 kekalahan menerusi dua jurulatih yang berbeza.

Dalam saingan piala pula, misi Pahang terhenti di suku akhir Piala FA apabila ditumbangkan Penang 5-2 sebelum dimalukan dengan lebih besar oleh Terengganu.

Terengganu memalukan Pahang dengan kemenangan agregat 9-3 untuk membolehkan finalis Piala FA itu mara ke suku akhir untuk bertemu Kuala Lumpur City.

Dengan kekalahan tersebut, musim 2022 Pahang pun berakhir dan ini sebenarnya tidak dapat diterima oleh penyokong mereka yang begitu komited hadir ke perlawanan yang diadakan di Darul Makmur dan Gong Badak dalam cuaca hujan lebat.

Walaupun dihargai oleh pihak pasukan, tetapi penyokong Pahang tetap mahu pengurusan mengambil langkah tegas untuk meraih kejayaan musim hadapan.

“Aksi penamat 2022. Terima kasih semua,” kata Sri Pahang di Facebook mereka.

Tindakan itu adalah dengan ‘melanjutkan’ kontrak pengendali, Dato’ Dollah Salleh.

Di Facebook Sri Pahang, penyokong-penyokong mereka yang kecewa mahukan kelab terus ‘mengekalkan’ Dollah untuk 20 tahun lagi.

“Sama-sama. Lanjutkan kontrak Dollah lagi 20 tahun,” kata Luqman Khairudin.

“Padu Pablo Dollah, sambung lagi kontrak,” ujar Wak Raider pula.

“Harap Dollah kekal sampai 2099, kalau boleh kami penyokong nak Zainal [Abidin Hassan] dibawa masuk untuk sama-sama merasa kemeriahan gol-gol pihak lawan,” tulis ShahRain Ajis.

Rata-rata penyokong Pahang rasa ‘tertipu’ apabila mereka menuntut sembilan perkara, sebaliknya kelab memberikan sembilan gol bolos pula.

“Minta sembilan tuntutan, pengurusan bagi sembilan gol dekat kita,” ujar Muhamad Sahir.

Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Pahang sememangnya tidak dapat dibendung lagi. Rata-ratanya sudah bosan dengan kitaran yang sama dan mahukan pembaharuan.

Pada mereka, sudah-sudahlah dengan Dollah, mereka mahukan orang baharu yang boleh membawa pasukan bermain dengan lebih baik dan ada kesinambungan untuk kemajuan akan datang.

Jadi penyokong Pahang, aok down ke tu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN