Penyokong Selangor Ini Beri Sebab Kenapa Beliau Kecewa Cadangan Kapasiti Stadium Shah Alam Baharu

penyokong Selangor Stadium Shah Alam kapasiti

Seorang pengguna Twitter dan penyokong Selangor FC dilihat menyatakan rasa kecewanya dengan cadangan kapasiti Stadium Shah Alam baharu.

Beliau yang dikenali sebagai @aweef membuat ciapan selepas melihat ‘teaser’ yang dimuat naik oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) mengenai stadium baharu yang dijangka bakal siap dibina sekitar tahun 2026.

Semuanya BOLA turut telah mengeluarkan artikel tentang persoalan kos pembinaan semulanya yang bakal menelan belanja hanya RM787 juta.

Mengapa kami mempersoalkannya? Mungkin ada pembaca yang terus menghentam artikel tanpa membaca isinya. Ia lebih kepada bagaimana kos tersebut dilihat lebih rendah berbanding Singapore Sports Hub yang luasnya lebih kecil berbanding Kompleks Sukan Shah Alam yang bakal dibina.

  • Kompleks Sukan Shah Alam: 80 hektar (RM787 juta)
  • Singapore Sports Hub: 35 hektar (SGD1.33 bilion – RM4.3 bilion)

Tambah menimbulkan persoalan adalah apabila video MBI menunjukkan Stadium Shah Alam yang baharu akan dilengkapi dengan teknologi Indoor Humidity Control (Seat Cooling System dan Bumbung ETFE) dan retractable pitch. Benarkah semua kos ini hanya menelan belanja RM787 juta?

Sehingga ada yang katakan kami mahu melaga-lagakan penyokong.

Mungkin pembaca boleh membaca semula apa yang kami persoalkan.

Dan isu lain yang dibangkitkan oleh penyokong Selangor ini mengukuhkan bahawa mungkin tiada kajian terperinci dibuat untuk pembinaannya.

@aweff dilihat mengatakan yang kapasiti yang dicadangkan oleh MBI iaitu 35,000 hingga 45,000 penyokong adalah mengarut dan tidak relevan.

Kecewa betul dengan cadangan kapasiti stadium Selangor yang bakal dibina. Dah 2023 pun terhegeh-hegeh nak stadium besar-besar, tidak belajar dari kesilapan silam. Kapisiti 35k-45k adalah mengarut! Tidak relevan!” ciapnya di Twitter selepas melihat video ‘teaser’ yang dimuat naik.

Mengapa beliau mempersoalkan kapasiti stadium yang dicadangkan?

Menurutnya, di Thai League, kelab-kelab utama mereka hanya membina stadium yang berkapasiti kecil. Hanya kelab yang diwakili Dion Cools, Buriram United memiliki stadium dengan kapasiti 30,000 penyokong.

Selainnya, stadium milik Bangkok United pula berkapasiti 25,000, Ratchaburi FC (13,000), Muangthong United (15,000) Port FC (8,000).

Ia demi survival kelab selain kos penyelenggaraan yang lebih murah. Isu ini ada di dalam artikel kami yang mempersoalkan kemampuan pasukan atau kerajaan negeri menanggung kos penyelenggaraannya selepas siap nanti.

Walaupun berkapasiti kecil, stadium tetap meriah dengan kehadiran penyokong. Menurutnya lagi, “Nampak padat teres penonton dipenuhi berbanding di Malaysia, mana-mana stadium lengang. Bahkan JDT yang hebat sekalipun masih ‘struggle’ nak tarik ‘fans’ ke stadium secara konsisten,

Apa yang dikatakannya benar. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut pernah sehingga ‘merayu’ agar penyokong turun ke stadium.

Adakah kapasiti stadium itu terlampau besar untuk penyokong Selangor penuhkan dalam setiap perlawanan? Ini penjelasan lanjut daripada @aweff.

‘Total’ kehadiran ‘fans’ Selangor 2022 adalah seramai 24,622 untuk 11 ‘games’. Purata setiap ‘game’ hanyalah seramai 2,238 orang,” tegasnya.

Tak bermakna jika stadium SFC kecil tak boleh meriah, tak boleh gempak. Jika lihat match Ronaldo dengan kelab Al Nassr di Stadium Mrsool Park hanyalah 25k. Tetapi masih gah, meriah & hebat. Inilah kapisiti yang sesuai. Walaupun paling rasional sebenarnya adalah 10k je,” ciapnya lanjut.

Dan beliau turut dilihat mengakui yang mungkin stadium ini milik kerajaan negeri dan beliau hanya bercakap daripada konteks seorang penyokong.

Beliau hanya membuat perbandingan dengan negara yang memiliki liga yang mungkin lebih baik daripada kita di Asia Tenggara. Ia lebih rasional.

Pembaca boleh ikuti penjelasan lebih lanjut di Twitternya di bawah ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN