Ayron del Valle Mahu Berikan Piala Buat Selangor

Ayron del Valle

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih. Moving forward as one.

Klik butang di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

KLIK UNTUK SUMBANGAN

Pemain sandaran utama Selangor yang baharu, Ayron del Valle melaungkan amaran untuk tampil dengan aksi lebih cemerlang sekali gus membantu pasukannya memenangi sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim ini.

Sebelum mengambil langkah untuk datang ke Malaysia, beliau melakukan kajian untuk meneliti Liga Malaysia dan kekuatan Selangor dan disebabkan itu, ia yakin memilih ini untuk destinasi seterusnya adalah langkah tepat.

Menurut pemain berusia 34 tahun ini, beliau mengakui sebelum memilih gergasi Merah Kuning, ada beberapa kelab dari Colombia memberikan tawaran kepada dirinya untuk terus bermain di negara sendiri.

“Ada beberapa tawaran dari kelab di sana termasuk Selangor dan saya telah berbincang bersama keluarga lalu mengambil keputusan untuk ke sini kerana bagi saya, ini perjalanan baharu dalam karier saya.

“Nama Selangor yang cukup besar di Liga Malaysia membuatkan saya semakin tidak sabar untuk saya membantu pasukan ini dengan melakukan sehabis baik,” ujarnya.

Melihat umur pemain import Selangor ini, ia pasti akan menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat namun bagi del Valle, biar pun semakin berusia, itu bukan penghalang untuk dirinya memberi aksi terbaik.

Beliau yang beraksi di Liga Categoría Primera A di Colombia sebelum ini, sudah pasti mempunyai kelebihan dalam dirinya sekali gus dapat memberi sesuatu yang positif tertuama buat peminat yang mengharapkan kejuaraan kepada pasukan Selangor.