Para penyokong Sabah pastinya tidak sabar untuk menunjukkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) betapa keramatnya Stadium Likas dengan gegak gempitanya sorakan mereka.
Menjelang aksi hangat antara dua pasukan teratas Liga Super pada Jumaat, penyokong Sabah sudah mula mendapatkan tiket fizikal untuk aksi menentang JDT.
Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Tora Bola, mereka mendapati penyokong Sabah sudah mula beratur panjang di stadium sejak 4 pagi untuk mendapatkan tiket!
Ibarat perlawanan akhir, ianya menunjukkan komitmen penyokong-penyokong Sabah dalam usaha mereka membakar semangat pemain bagi meraih kemenangan.
Sekitar hari penjualan tiket fizikal Sabah FC vs JDT
Admin sempat record suasana di perkarangan Stadium Likas pagi ini sempena penjualan tiket fizikal menjelang pertemuan “Top of the table” antara Sabah FC menentang JDT. You guys memang awesome sanggup beratur seawal jam 4 pagi! pic.twitter.com/xeWp7GEaBB
— ToraBola (@tora_bola) July 14, 2022
Fenomena OKS
Situasi ini jelas sekali tidak akan terjadi sekiranya Sabah tidak membawa Datuk Ong Kim Swee kembali berkhidmat untuk Negeri Di Bawah Bayu ini.
Kim Swee yang pernah beraksi untuk Sabah satu ketika dahulu hadir ke Likas dengan misi untuk membina semula pasukan dan membawa piala pulang ke Borneo.
Dengan membawa masuk pemain-pemain berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat serta Baddrol Bakhtiar serta Rizal Ghazali tampak memberikan hasil yang segera buat Sabah.
Aksi menentang JDT pada Jumaat pastinya menjadi ujian paling getir mereka dalam saingan Liga Super ditambah pula dengan kehadiran ribuan penyokong mereka.
Ianya pasti akan menambah semangat kepada para pemain Sabah dalam misi untuk memberikan kekalahan pertama buat JDT musim ini.
Penyokong sudah beli tiket, stadium bakal penuh dengan ribuan manusia, tingga pemain sahaja untuk berikan apa yang dihajat untuk disaksikan di depan mata.