Penyokong Ronaldo ‘Koyak’ Teruk Hanya Kerana Komen Dari Seorang Kanak-Kanak

Penyokong-penyokong tegar Cristiano Ronaldo koyak teruk selepas mendengar komen dari seorang kanak-kanak perempuan yang mengejek legenda Portugal itu.

Ya, hanya kerana komen dari seorang kanak-kanak sahaja boleh dikatakan hampir kesemua penyokong Ronaldo koyak dan kini berharap agar Maghribi akan tersingkir dari saingan Piala Dunia.

Sebelum ini, boleh dikatakan hampir seluruh dunia berada di belakang Maghribi dan berharap agar mereka akan mampu mencipta sejarah dan menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, kini semuanya sudah berubah dengan ramai peminat bola sepak terutama penyokong Ronaldo mula berpaling dan berharap agar negara dari Afrika itu tewas di tangan Perancis.

Apa yang mengejutkan adalah kesemua mereka sebenarnya koyak hanya kerana komen ringkas dari seorang penyokong kanak-kanak perempuan yang mengejek idola mereka itu.

Selepas tamat aksi kekalahan Portugal di tangan Maghribi baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan bagaimana seorang peminat cilik menganjing legenda Real Madrid itu.

Kanak-kanak tersebut meraikan kemenangan Maghribi dengan mempersendakan legenda Portugal itu dan hal tersebut menyebabkan penyokong-penyokong Ronaldo bertindak agresif di media sosial.

“Portugal, lapangan terbang ada di sana.”

Jelas kanak-kanak perempuan tersebut.

“Dan di mana Ronaldo? Dia sedang menangis di dalam kereta dia sekarang. Kesian Ronaldo (buat reaksi menganjing jari usap pipi).”

Video berdurasi 13 saat itu sepertinya benar-benar mengundang kemarahan penyokong-penyokong Ronaldo, yang kini sangat berharap agar Kylian Mbappe akan mampu membalas dendam untuk idolanya itu.

Penyokong-penyokong Ronaldo yang koyak rabak itu juga bukan hanya mendoakan agar Maghribi kalah, dengan mereka juga turut membuli kanak-kanak perempuan itu di media sosial.

Mereka meninggalkan komen yang tidak sepatutnya pada video tersebut dan ramai juga yang memuat naik video berbaur ugutan serta hinaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Agak memalukan untuk melihat peminat-peminat bola sepak bermain isu-isu sensitif dan menghina seorang kanak-kanak perempuan hanya kerana mereka terkesan dengan komen darinya.

Bukan hanya kanak-kanak tersebut, bahkan ibu dan bapa beliau juga turut dihina kerana tak pandai menjaga mulut anaknya yang telah menghina Ronaldo itu.

Ronaldo sendiri mungkin hanya akan ketawa sahaja melihat reaksi kanak-kanak tersebut dan jelas sekali reaksi yang ditunjukkan oleh peminat-peminat beliau sangat keterlaluan.

Maghribi pada awal pagi esok akan turun beraksi bertemu Perancis untuk aksi peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia pada tahun ini.

Argentina sementara itu sudah mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pentas perlawanan akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Croatia 3-0 awal pagi tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN