Penyokong Pulau Pinang Protes Di Stadium, Pihak FRU Campur Tangan

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Penyokong Pulau Pinang protes selepas perlawanan Liga Super di antara Pulau Pinang dan Sarawak.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Harimau Kumbang ditundukkan pasukan Sarawak dengan jaringan tipis 0-1 jaringan Mark Hartmann.

Ia mengundang kemarahan penyokong Pulau Pinang yang menganggap keputusan tersebut sebagai keputusan yang “tidak boleh diterima”.

Setakat 4 perlawanan Liga Super, Pulau Pinang tewas kesemua perlawanan. Mereka juga gagal menjaringkan sebarang gol setakat ini.

Tak puas hati

Sebelum ini telah banyak luahan ketidakpuasan hati oleh penyokong Pulau Pinang.

Antara yang jelas kedengaran adalah mereka mahukan golongan yang dianggap parasit dalam bola sepak Pulau Pinang berundur.

Selain itu, mereka mempertikaikan atas kapasiti apa YB Zairil Khir Johari memimpin Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka mahukan orang yang arif tentang bola sepak untuk menduduki jawatan tersebut.

Musim lalu, mereka pernah melakukan penstrukturan dalam FAP dengan memberikan Bojan Hodak sebagai CEO pasukan mereka. Namun jawatan itu ditamatkan pada musim ini.

Dalam kejadian semalam, penyokong Pulau Pinang telah melakukan tunjuk perasaan di luar stadium.

Menurut sumber dalaman kami yang hadir ke Stadium Negeri di Batu Kawan, insiden berlaku selepas Sarawak berjaya menghasilkan jaringan gol.

Bait-bait kekecohan berlaku selepas gol Sarawak terhasil dengan penyokong Pulau Pinang bertindak membakar mercun di dalam stadium.

Gambar: Mohd Shahrizal/Asiana

Selepas perlawanan tamat, penyokong Pulau Pinang bertindak membakar stadium dengan membakar suar dengan tanpa henti.

Individu yang memberikan info kepada kami ini menyatakan pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga turut terpaksa masuk campur untuk menenangkan keadaan.

Gambar: Mohd Shahriza/Asiana

Perkara ini pasti mendapat perhatian FAM dan dijangkan FAP akan didenda kerana kejadian ini.

Mesej yang diberikan oleh penyokong jelas, mereka bukan mengeji kerana proses transisi yang dilakukan oleh Ashley Westwood yang memberikan kesan kekalahan 4 kali kepada pasukan.

Sebaliknya, mereka tidak mahu tampuk pemerintahan FAP dikuasai oleh ahli politik yang menurut mereka “tidak tahu urus pasukan bola sepak”.

Jadi, apa seterusnya yang menanti Pulau Pinang?

Baca juga: JDT Diikat Selangor Di Larkin, Brian Ferreira Gagal Sempurna Penalti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN