JDT Diikat Selangor Di Larkin, Brian Ferreira Gagal Sempurna Penalti

JDT VS Selangor menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata selepas kedua-dua pasukan bermain dengan 2 taktikal berbeza.

Letak bas depan gol

P. Maniam tidak mahu keciciran mata apabila bertandang ke Larkin. Lantas beliau merencana formasi 5-4-1 dengan bermain secara bertahan.

Taktikal ini berjaya menghalang JDT untuk mendapatkan gol sehingga taman perlawanan.

Namun sebelum menerima 1 mata, Selangor diuji dengan pelbagai dugaan untuk sebelum pulang dengan 1 mata.

Percubaan Gonzalo Cabrera pada minit ke-20 dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol – Khairul Azhan Khalid.

Gabi Guerra juga hadir memberikan ancaman, namun sekali lagi Azhan berjaya menyelamatkan keadaan.

Safiq Rahim juga menghadirkan ancaman buat JDT, namun sepakan percuma dan juga tandukan beliau tidak berjaya menemui jaring gol.

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

Namun, perkara utama dalam perlawanan ini adalah kegagalan Brian Ferreira dalam menyempurnakan sepakan penalti untuk JDT.

Sepakan penalti yang terhasil selepas bola terkena tangan Razman Roslan itu bagaimana pun menjadi sia-sia buat JDT apabila Ferreira gagal menyempurnakannya.

Untuk rekod, Ferreira gagal menyempurnakan 2 penalti sepanjang beliau berada di Liga Malaysia. Penalti pertama beliau adalah ketika penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala Sumbangsih tempoh hari.

Gambar: Nizam Rahman/Asiana

Tak puas hati

Kegagalan JDT untuk memperoleh 3 mata penuh mengundang reaksi negatif dari ramai penyokong JDT.

Mereka merasakan pendekatan yang digunakan Benjamin Mora tidak begitu berkesan. Malah, ada yang mahu Mario Gomez kembali!

Lantas, laman rasmi JOHOR Southern Tigers mengeluarkan kenyataan rasmi mengajak seluruh penyokong-penyokong JDT datang ke Istana Pasir Pelangi sebaik sahaja perlawanan tamat untuk meluahkan perasaan kecewa mereka.

Namun begitu, hebahan itu tidak dapat diterima oleh penyokong JDT. Bagi mereka, kenapa nak jumpa tengah-tengah malam? Hari lain kan ada.

Namun begitu, perjumpaan tersebut tetap dilakukan, dan ia dihadiri oleh beberapa penyokong JDT yang menghadap TMJ dan jurulatih – Benjamin Mora.

JDT kini ditangga ke-7 Liga Super, sementara Selangor ditangga ke-8.

Baca juga: Kedah Berada Di Puncak Liga Selepas Menewaskan Pahang 4-1 Di Darul Aman

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN