Polis Menahan 6 Penyokong Pulau Pinang Yang Lakukan Kekecohan Di Stadium

Penyokong Pulau Pinang ditahan pihak polis baru-baru ini.

Insiden stadium terbakar pada perlawanan Pulau Pinang menentang Sarawak tempoh hari berjaya ditemui dalangnya apabila pihak polis menahan 6 suspek yang disyaki pencetus kepada kekecohan itu.

Awal 20-an

Menurut sumber Astro Awani, pihak polis telah menahan 6 pemuda yang rata-ratanya berusia sekitar awal 20-an yang disyaki merupakan watak utama kepada kekecohan yang berlaku di Stadium Negeri, Batu Kawan tempoh hari.

Mereka bagaimana pun ditahan secara berasingan di kawasan berhampiran stadium selepas pihak polis berjaya mengawal keadaan yang berlaku selepas perlawanan.

Gambar: Mohd Shahrizal/Asiana

Sambil ditahan, polis juga turut merampas beberapa bahan letupan seperti 1 suar, 12 bebola kecil dan juga 4 bebola bersumbu yang merupakan milik 6 penyokong tersebut.

Kesemua suspek yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kecewa

Pihak Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menerusi laman rasmi mereka mengeluarkan rasa kesal dan kecewa diatas sikap segelinitir penyokong yang dikatakan sebagai memalukan negeri.

Pihak FAP juga ada menyebut yang jika peminat tersebut benar-benar sayang akan pasukan. Mereka pasti akan bersama dengan pihak pasukan walau apa yang terjadi.

Mereka juga tidak akan melakukan perkara-perkara bahaya yang akan mengundang bahaya kepada orang awam.

Baca juga: Pejabat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang Dilontar Bom Tangan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN