AS Monaco Bakal Terima Durian Runtuh £7.2 Juta, Jika Martial Sumbat Gol Lagi

Manchester United telah bersetuju dengan klausa khas untuk pemain muda mereka Anthony Martial.

Dikatakan ada beberapa klausa yang memerlukan United membayar bonus £7.2 juta ataupun €10 juta.

Antaranya adalah, jika Anthony Martial menjaringkan gol ke-25 sebelum hari jadi ke-22 beliau, United perlu membayar bonus £7.2 kepada AS Monaco.

Ada juga laporan menyatakan, United juga akan membayar jumlah yang sama untuk setiap 25 gol seterusnya ketika Martial berusia 21 tahun ataupun sebelum hari jadi ke-22.

Namun nampak gayanya, untuk Martial mencecah angka 50 gol memerlukan pemain ini berusaha lebih keras.

Buat masa ini, jaringan ke atas Watford minggu lalu adalah jaringan ke-24 Martial dalam 72 penampilan untuk The Red Devils.

Beliau sudah memenangi Piala FA bersama-sama dengan Manchester United.

Tarikh akhir klausa ini dimansuhkan adalah pada 5 Disember 2017. Jadi, AS Monaco sudah boleh berkira-kira untuk menerima bonus itu.

2 lagi klausa bonus persembahan yang dilaporkan terkandung dalam kontrak Martial adalah jika:

  • Martial tersenarai dalam senarai pendek Ballon d’Or pada usia 21 tahun
  • Martial mendapat 25 caps untuk Perancis pada usia 21 tahun

Untuk rekod, Anthony Martial adalah pemain muda yang dibeli dengan harga prinsipal  £36 juta pada 2015.

Beliau mungkin boleh mendapat angka 25 gol lebih awal jika lebih konsisten pada musim ini.

Sebelum ini, Mourinho melahirkan kerisauan beliau ke atas prestasi Martial. Namun The Special One mengakui lega dengan prestas Martial baru-baru ini.

Manchester United akan berhadapan dengan St. Etienne dalam pusingan 32 pasukan Piala Europa. Martial dijangka akan bermain dalam perlawanan tersebut.

Ia juga menjadi hari terbaik untuk Martial menjaringkan gol ke-25 beliau dan AS Monaco akan menerima bonus!

Padangan semuanyaBOLA

Satu klausa yang bijak oleh AS Monaco untuk memastikan mereka mendapat bayaran bonus kerana merit persembahan pada masa akan datang.

Ini bermakna harga Martial masih aktif buat masa ini.

Baca juga: Polis Menahan 6 Penyokong Pulau Pinang Yang Lakukan Kekecohan Di Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN