Penyokong Pulau Pinang Berharap Ketua Menteri Baru Dapat Selamatkan Skuad Harimau Kumbang

Pulau Pinang

Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang dijangka akan diadakan di Dewan Seri Mutiara hari ini.

Upacara berkenaan dijadual berlangsung di hadapan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pada jam 10 pagi Isnin ini.

Yang Berhormat Chow Kon Yeow, yang merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang telah diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu bagi menggantikan Lim Guan Eng yang telah memegang portfolio dalam barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai Menteri Kewangan.

Disebalik pelantikan ketua menteri yang baru, ianya turut mendapat perhatian dari penyokong bolasepak Pulau Pinang yang amat mengharapkan pelantikan baru ini dapat membantu menyelamatkan bolasepak negeri itu.

Wakil SemuanyaBOLA telah menemubual seorang penyokong setia Pulau Pinang, dikenali sebagai En. Zafian Zainol.

En. Zafian menyatakan harapannya agar ketua menteri yang baru ini dapat membantu pasukan bolasepak Pulau Pinang dari segi dana peruntukan dan segala aset kelengkapan yang berkaitan dengan pasukan.

“Kami sebagai penyokong amat berharap yang Ketua Menteri yang baru ini dapat membantu mengembalikan semula martabat bolasepak Pulau Pinang dalam saingan Liga Malaysia.”

“Pasukan Pulau Pinang hari ini amat memerlukan bantuan dari segi kewangan, kelengkapan latihan dan juga bantuan untuk fasiliti menaik taraf stadium.”

Tambahanya lagi, “Kami berharap bantuan ini dapat diberikan seperti mana pasukan negeri lain yang mendapat sokongan kerajaan negeri dalam sukan bolasepak mereka.”

Seorang lagi penyokong yang bernama En. Zamzuri Ibrahim turut menyuarakan hasrat yang sama, dimana beliau memohon jasa baik YB Chow agar dapat meneruskan bantuan pemberian dana untuk bolasepak Pulau Pinang.

Selain pemberian bantuan dana, beliau turut berharap YB Chow dapat menangani beberapa isu yang sedang melanda dalam persatuan antaranya kekosongan jawatan presiden bolasepak Pulau Pinang.

“Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sehingga hari ini masih tidak mempunyai presiden selepas Datuk Tahir melepaskan jawatannya.”

“Sudah tentu persatuan amat memerlukan individu yang mahu menjadi presiden bagi meneraju persatuan sekaligus dapat mencari dana keewangan untuk persatuan.”

“Untuk pelantikan presiden, kami berharap kali ini ada campur tangan dari Ketua Menteri bagi menentukan siapa yang layak berada dipucuk kepimpinan tertinggi persatuan ini”

Beliau turut mengharap YB Chow juga dapat membantu menyelesaikan bebanan hutang yang ditanggung oleh FAP agar persatuan itu dapat bergerak dan meneruskan perjuangan bola sepak dalam kempen Liga Malaysia.

“Kami rakyat Pulau Pinang amat berharap sukan bolasepak di Pulau Pinang kembali dengan jayanya kerana ianya satu-satunya sukan yang menjadi elemen penting penyatuan rakyat pelbagai bangsa di negeri tercinta ini.”

Sebelum ini, bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit buat FAP untuk sukan bolasepak tetapi malangnya ianya masih gagal untuk memastikan pasukan bolasepak negeri itu dapat bersaing hebat dengan pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.

Pasukan Pulau Pinang terus dirundung malang selepas mereka tewas 0-1 keatas Sarawak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan semalam.

Kekalahan tersebut meletakkan skuad Harimau Kumbang itu berada di tangga ke-8 carta Liga Premier dengan hanya mengutip 12 mata dalam 12 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN