Quantcast

BERITA

Liverpool Ke UCL, Chelsea Gagal, Mohamed Salah Atasi Kane Untuk Kasut Emas

Drama perebutan 1 lagi slot UCL menghiasi hari terakhir EPL. Aksi cemerlang Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

Kemenangan minggu lalu ke atas Liverpool, telah meletakkan persaingan ke UCL terbuka kepada Chelsea dan Liverpool. Spurs sudah layak dengan kemenangan mereka sebelum ini.

Liverpool menang bergaya ke atas Brighton di Anfield. 4 gol Liverpool sumbangan Mohamed Salah, Dejan Lovren, Dominic Solanke dan Andy Robertson.

Mohamed Salah akhirnya menjadi pemenang Kasut Emas EPL dan juga kejayaan Pemain Terbaik PFA sebelum ini. Salah memecahkan rekod gol terbanyak EPL untuk memenangi kasut emas.

Di St. James’ Park, Newcastle mengejutkan Chelsea dengan kemenangan 3-0 . 1 gol jaringan Dwight Gayle dan 2 gol Ayoze Perez menyingkirkan Chelsea daripada slot UCL. Chelsea hanya melakukan 6 percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini.

Kali terakhir Chelsea tewas pada hari terakhir EPL adalah pada 2011 di tangan Everton. Ancelotti dipecat pada hari tersebut.

Europa League sudah mengucapkan selamat datang kepada bekas juara 2013 ini.

Dalam satu lagi perlawanan untuk menentukan kedudukan tempat ke-3, Spurs menang dalam pertarungan yang menyaksikan pesta 9 gol di Wembley.

Harry Kane dan Lamela masing-masing menjaringkan 2 gol. Satu lagi gol Spurs adalah daripada gol sendiri Fuch.

Manakala 4 gol Leicester adalah daripada 2 gol Vardy dan masing-masing 1 gol daripada Iheanacho dan Mahrez.

Leicester mendahului Spurs dua kali dalam kedudukan 0-1 dan 1-3. Namun mereka gagal bertahan dengan baik walaupun menjaringkan gol yang banyak.

Dalam perlawanan lain, Man United menang 1-0 ke atas Watford dalam perlawanan terakhir Michael Carrick yang akan bersara. Beliau mencipta peluang gol tunggal tersebut.

Sementara dalam perlawanan terakhir Wenger di EPL, Aubameyang menghadiahkan beliau dengan kemenangan.

Wenger pastinya akan dikenang oleh peminat-peminat EPL.

Sementara itu, jaringan lewat Gabriel Jesus memastikan Manchester City menjadi pasukan EPL pertama menamatkan satu musim dengan 100 mata.

EPL menutup tirainya bagi musim 2017/18.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!