Tahukah anda, malam ini akan berlangsungnya Liga Super kesepuluh?
Tetapi sehingga kini, penyokong Pulau Pinang masih belum lagi mendapatkan akses yang seeloknya untuk jersi pasukan mereka musim ini dari Active Sports.
Mereka sudah pastinya cemburu dengan penyokong pasukan lain yang sudah memperaga jersi di mana-mana tempat. Sambil itu, mereka juga pasti kecewa kerana servis yang begitu perlahan dari Active Sports.
Baru-baru ini, pihak Active Sports telah sekali lagi mengecewakan penyokong Pulau Pinang apabila penjualan jersi yang dijadualkan dijual pada hari ini di bangunan Komtar, Georgetown tidak berlaku seperti yang diharapkan.
Tinjuan di Twitter mendapati penjualan tidak berjalan seperti yang diharapkan kerana penyokong terpaksa melakukan pra-tempah sahaja dan bukannya boleh membeli terus jersi.
Kumpulan penyokong Ultras Panthers antara yang paling lantang mengecam pasukan dan Active Sports.
“Kalian teruk! Penat penyokong naik motosikal jauh-jauh semata-mata nak beli jersi, rupanya hanya kena bagi nama dan saiz baju dahulu, nanti baru datang ambil [tuntut jersi].”
“Ingat penyokong ni apa? Tak ada kerja lain ke nak ulang alik ke kedai?”
Penang FC dan Active Sports,
Hangpa serr !! Toya !! Penat fans naik moto jauh-jauh semata-mata nak beli jersi, rupa-rupanya pi hanya bagi nama dan size baju dulu, dah siap "nanti" baru call mai ambik.
Ingat fans ni apa? Takdak kerja lain ka nak kena ulang alik pi mai kedai? 🖕🏻
— Ultras Panthers (@UltrasPanthers) April 23, 2021
Lebih mengecewakan, terdapat desas desus mengatakan jumlah jersi yang tersedia tidak banyak dengan kuantiti yang amat terhad tersedia.
Menurut seorang pengguna Twitter yang menggunakan twithandle @iammco, maksima 30 helai sahaja jersi yang dibawa ke Active Sports di Komtar bagi satu-satu saiz.
Sebab depa nak antaq kt Penang pn x banyak min .. ni aq nak pecah rahsia kami tngok depan mata jersi Yg nak antaq kt Penang ..
Saiz S – 12
Saiz M – 18
Saiz L – 30
saiz XL – 30
Saiz 2xl – 30
Saiz 3xl -15Ni untuk home hg depa nak post ke Penang..
— Cattivo Ragazzo (@iammco) April 23, 2021
12 helai sahaja untuk saiz S? Sikit sangat ni mamu.
Penjualan jersi Pulau Pinang untuk musim 2021 ini hanya terjual di dua rangkaian Active Sports iaitu Shah Alam dan Georgetown.
Situasi yang sama berlaku di cawangan Shah Alam apabila penyokong perlu mendapatkannya secara pra-tempah.
Menurut pengulas yang juga penyokong Pulau Pinang, Aiman Roshizam, beliau dijanjikan untuk mendapatkan jersi seminggu selepas pra-tempah dilakukan.
Namun, selepas 10 hari pra-tempah dilakukan, beliau belum lagi dihubungi oleh pihak Active Sports.
“Saya melakukan pra-tempah sejak 13 April dan membayar penuh untuk jersi saya. Hari ini pada 23 April, masih belum ada khabar berita.”
Nada kecewa Aiman turut ditambah dengan harga jersi yang agak tinggi iaitu RM 149 sehelai. RM 149 adalah harga bagi jersi kosong yang cuma mempunyai logo Penang FC sahaja.
Jika hendak meletakkan logo “Penang 2030” dan aksesori tambahan lain seperti nama dan nombor di belakang jersi, caj tambahan akan dikenakan kepada pembeli.
Pihak pasukan atau Active Sports perlu tampil ke depan memberikan penjelasan mengenai situasi ini. Ianya jelas sekali tidak disenangi oleh penyokong Pulau Pinang.
Baca juga artikel kami mengenai Penang FC:
Liga Super: Terikat Dengan PJ City, Penang FC Sekali Lagi Lepas Peluang Daki Carta Liga
Tomas Trucha: Saya Gembira Dengan ‘Attitude’ Pemain Penang FC
Liga Super: Penang FC Bergelut Sebelum Tundukkan Melaka United