Penyokong Pulau Pinang Protes, Desak Ashley Westwood Letak Jawatan

Penyokong Pulau Pinang protes melaungkan amaran dan desakan mahu pengendali mereka iaitu Ashley Westwood berundur daripada pasukan Utara itu.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, sekumpulan penyokong Pulau Pinang berkumpul dan juga membawa kain rentang di Menara Komtar untuk dengan azam memberi mesej kepada Westwood untuk berundur dari pasukan serta merta.

Kata dua

Penyokong Pulau Pinang dalam pada itu memberikan kata 2 kepada pihak yang mereka tentangi ketika ini iaitu Westwood dan juga Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Mereka memberi pilihan sama ada Westwood untuk meletakkan sendiri jawatannya sebagai jurulatih pasukan atau mereka mendesak pihak FAP untuk memecat jurulatih itu.

Alasannya mudah, mereka sudah letih dengan rekod pasukan yang tidak berjaya mengutip sebarang mata dalam Liga Super setakat ini.

Mereka tewas kesemua 5 perlawanan Liga Super sambil memboloskan 11 gol dan menjaringkan hanya 1 gol.

Pro Zairil

Namun begitu di Pulau Pinang terdapat juga beberapa kain rentang yang terisi mesej yang berbaur pro Presiden FAP iaitu Zairil Khir Johari.

Dalam kain rentang itu, mereka meletakkan mesej dengan lantang menyokong kepimpinan Zairil sebagai Presiden FAP sambil menempelak kelompok penyokong yang mahu boikot ke stadium.

Gambar: Cerita Kedai Kopi Bola Sepak Penang

“Siapa nak boikot stadium dipersilakan, toksah dok buat ramai dekat Facebook,” kata kain rentang itu.

Pulau Pinang akan menghadapi cabaran getir apabila berhadapan Kedah di Stadium Darul Aman dalam aksi Pertembungan Utara (Northern Derby) esok.

Baca juga: 3 Pemain Nyatakan Sokongan, Mahu TMJ Jadi Presiden FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN