3 Pemain Nyatakan Sokongan, Mahu TMJ Jadi Presiden FAM

3 pemain tempatan yang baru-baru ini telah menzahirkan sokongan mereka kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelang pemilihan presiden FAM yang baharu akhir bulan Mac ini – menurut sumber JOHOR Southern Tigers dan Arena Harimau Malaysia.

Ketiga-ketiga pemain merupakan pemain yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan seperti bekas pemain JDT sendiri iaitu Safee Sali, Amiridzwan Taj Tajudin dan juga penyerang Bobby Gonzales.

1 dalam sejuta

Bagi Safee, TMJ disifatkan sebagai pemimpin bola sepak yang jarang ditemui terutamanya di dalam negara Malaysia.

TMJ diibaratkan seperti one of the kind kerana visi dan juga cara kerja baginda yang cukup cemerlang.

Buktinya? TMJ berjaya menjadikan JDT sebagai sebuah kelab yang cukup cemerlang di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Zaman emas akan kembali

Bagi penyerang yang sinonim dengan pasukan Sarawak iaitu Bobby Gonzales, beliau merasakan zaman emas bola sepak negara akan kembali muncul sekiranya TMJ menjadi presiden FAM.

“Bola sepak negara akan kembali bersinar seperti era 70-an dan 80-an sekiranya TMJ jadi presiden FAM yang baharu.”

Dari apa yang Bobby katakan ini, nyata beliau yakin sekali TMJ akan bawa perubahan kepada bola sepak negara dengan cukup baik.

Ya lah, hanya ayah kita sewaktu mereka muda dapat rasa kegemilangan bola sepak negara. Kita pun nak rasa juga bukan?

Bagi pemain PKNS FC, Amiridzwan Taj Tajudin beliau ternyata mahukan TMJ jadi presiden dan bukannya pencabarnya – Tan Sri Annuar Musa.

“Saya mahu TMJ menang dan jadi presiden FAM.”

TMJ nyata pilihan ramai rakyat Malaysia dan pemain bola sepak. Namun adakah baginda pilihan ahli gabungan FAM yang bakal mengundi nanti?

Baca juga: GB13, Ultras Yang Tidak Pernah Jemu Demi Bujang Senang

Leave a Reply