Penyokong Ini Ucap Terima Kasih Kepada Liverpool, Bantu Beliau Ketika Anaknya Meninggal Dunia

Seorang penyokong Plymouth Argyle telah menulis satu surat terbuka kepada Liverpool menerusi laman Facebooknya semalam.

Kevin May yang berusia 53 tahun menulis satu surat terbuka kepada Liverpool dengan mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan oleh staf kelab semasa beliau berkunjung ke Anfield.

Khabar duka

Jika anda menonton perlawanan diantara Liverpool dan Plymouth Arglye tempoh hari, pasti anda dapat lihat kebanyakan penyokong Plymouth bergembira dengan keputusan yang mereka kecapi.

Namun tidak bagi May. Hal ini kerana ketika beliau berada di Anfield, beliau terpaksa bertarung perasaan di sebalik lautan manusia yang membanjiri Anfield.

Semuanya kerana sebelum perlawanan bermula, May mendapat panggilan telefon dari anak lelakiknya, Terry mengenai keadaan anaknya yang berada di hospital iaitu Daniel.

May (kiri) bersama anaknya, Daniel (kanan).

Daniel ketika itu sedang berada di Royal Surrey County Hospital ketika bapanya berada di Anfield. Ketika di stadium, Terry memberitahu ayahnya yang Daniel sedang berada dalam keadaan tenat.

“Saya berasa sukar untuk mendengar apa yang Terry katakan kepada saya. Ketika itu, susasana terlalu bising untuk saya dengar apa anak saya katakan.”

“Dia dah pergi.”

Tetapi sebenarnya bukannya panggilan telefon dari Terry yang membuatkan May cukup gusar, sebaliknya pesanan ringkas dari anak perempuannya iaitu Stacey yang mengejutkan beliau.

Tidak lama kemudian, May mendapat perkhabaran dari Stacey menerusi pesanan ringkas mengenai Daniel. Dalam pesanan ringkas itu, Stacey memberitahu bapanya yang Daniel sudah meninggal dunia.

Ketika itu, terdapat 2 pihak polis yang bertugas di Anfield sedang membantu menenangkan May. Mereka membawa May ke sebuah bilik untuk menenang May.

“Saya cuba untuk memberitahu pihak polis itu apa yang berlaku, tapi ia zahir tak terucap.”

Di bilik tersebut, pegawai polis tersebut yang dikenali sebagai Graham telah menenangkan May dengan memberikan kata-kata semangat serta diturut serta dengan pegawai stadium Anfield yang menyediakan air teh untuk beliau.

“Dengan semangat kemanusiaan yang cukup tinggi. Saya berharap kedua-dua pegawai itu diberikan penghargaan yang setinggi-tingginya oleh pihak kelab Liverpool.”

May ternyata kesal kerana beliau tidak dapat bersama dengan Daniel ketika anaknya sedang tenat. Hal ini kerana, beliau pergi ke Anfield dengan menumpang rakannya.

“Ketika saya mendengar penyokong Liverpool menyanyikan lagu You’ll Never Walk Alone, saya kini mengerti kenapa mereka sangat suka dengan lagu tersebut. Ia ternyata memberikan semangat kepada saya.”

Daniel yang berusia 25 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menghidap quadriplegic, cerebral palsy serta buta sejak usia beliau 6 bulan lagi.

May berharap penyokong Plymouth dan Liverpool akan bersama-sama menepuk tangan pada minit ke-25 ketika aksi perlawanan ulangan FA Cup antara 2 pasukan ini.

Baca juga: Manchester City Melanggar Peraturan Anti Doping

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN