Jersi Kobert Terengganu & T-Team Baru Tampil Peningkatan Besar Berbanding Musim 2016

Jersi Kobert Terengganu dan T-Team pada musim 2017 adalah jersi yang mesti anda miliki tahun ini. Ia adalah bukti Kobert mengambil berat pendapat dan pandangan peminat bola sepak Terengganu.

Pada musim 2016, 5,000 helai jersi Kobert Terengganu habis dalam masa 2 jam semasa malam pelancaran. Kami diberitahu angka tersebut boleh meningkat ke 8,000 lagi jika Kobert menyediakan lebih banyak stok.

Itulah kuasa sokongan penyokong bola sepak Terengganu.

Untuk musim 2017, situasi di Terengganu sudah berubah. Terengganu kini bermain di Liga Perdana selepas menghuni tangga tercorot Liga Super 2016.

Tak cukup dengan Terengganu FA, T-Team dan Hanelang FC, penyokong mereka turut mempunyai satu lagi pilihan pasukan untuk disokong – Terengganu City FC.

Tetapi disebalik perubahan landskap bola sepak Terengganu ini, kami tetap merasakan jersi Kobert Terengganu musim 2017 bakal menjadi ‘barang panas’ bagi peminat bola sepak Terengganu.

Ini sebabnya.

1. Rekaan jersi moden. Lebih moden daripada musim 2016.

Bercakap mengenai rekaan jersi yang moden, semua orang hanya bercakap mengenai elemen minimalistik. “Rekaan jersi moden tak boleh nampak semak,” kata mereka.

Ya betul. Rekaan jersi mesti bersifat minimalistik. Supaya ia kelihatan premium.

Tetapi apa yang mereka sering abaikan adalah jersi yang moden tidak boleh mengganggu fokus utama mata. Iaitu ‘body contour’ si pemakai. Ia mesti menyerlahkan ‘kesasaan’ badan si pemakai.

Inilah perkara pertama yang kami nampak sebaik sahaja menyarung jersi Kobert Terengganu dan T-Team musim 2017.

Berbanding jersi musim 2016, tiada lagi masalah baju menggeleber untuk jersi kualiti player issue. Sebaik sahaja kami menyarung jersi ini, ia akan mengikut ‘body contour’ kami. Kami dapat perasaan sama apabila menyarung jersi player issue pasukan Eropah yang berharga RM300-400.

2. Kualiti jahitan kemas. Lebih, lebih kemas berbanding musim 2016.

Lupakan berita buruk ’embroidery’ (lihat gambar bawah) dalam jersi Terengganu musim lepas. Kobert benar-benar telah menaikkan ‘gear’ kualiti penghasilan jersi mereka pada musim ini.

Musim ini, Kobert meenggunakan teknik ‘satin stitching’ di logo Terengganu dan T-Team. Ia teknik sama yang digunakan oleh Puma, Nike dan Adidas dalam jersi fan issue mereka.

Kobert, anda memang dengar apa yang pelanggan anda mahu. Kemah keming!

3. Kualiti heat press printing setanding jenama antarabangsa.

Bercakap mengenai heat press printing, adalah penting bagi pengeluar jersi untuk mengekalkan resolusi imej, kualiti heat transfer dan jenis dakwat yang digunakan.

Ini adalah supaya grafik imej nampak ‘tajam’ di jersi dan tahan lama apabila berkali-kali dibasuh.

Sekali lagi Kobert tiada masalah di bahagian ini. Selagi anda menerbalikkan baju dan menggunakan air sejuk ketika membasuh, cetakan heat press ini akan tahan lama.

4. Perincian jersi

Perincian jersi adalah seperti aksesori tambahan ketika anda membeli kereta. Tiada pun tak mengapa. Kalau ada, lebih bagus.

Dalam jersi Kobert Terengganu dan T-Team pada musim ini, Kobert menambah beberapa perincian pada jersi mereka:

  • bendera Terengganu di lengan kanan jersi
  • moto ‘Born to Strive’ di bahagian bawah kiri jersi dan
  • signature pereka jersi di bahagian bawah kanan jersi.

Sementara itu di belakang jersi Terengganu, Kobert meneruskan motif ‘Semangat’ di jersi home, ‘Kebanggaan’ di jersi away dan ‘Keberanian’ di jersi ketiga.

Manakala untuk bahagian belakang jersi T-Team pula, Kobert mencetak grafik tahun penubuhan T-Team (2006).

5. Fabrik jersi lebih ringan, lebih mesra pemain.

Bagi pemain, aspek inilah yang paling penting. Fabrik yang salah bererti tumpuan mereka terganggu di atas padang.

Sebaik menerima jersi Kobert Terengganu dan T-Team musim 2017, kami menyedari ada perbezaan dari jenis fabrik yang mereka gunakan berbanding pada musim 2016.

Fabrik jersi musim 2017 jauh lebih ringan dan lebih mesra pemain. Dilengkapi dengan teknologi Kobert Dry Fit, jersi kali ini lebih cepat kering.

Di bahagian badan yang cepat berpeluh seperti bawah ketiak, Kobert menggunakan fabrik yang lebih jarang teksturnya. Ia lebih berongga untuk menggalakkan pengudaraan. Lebih banyak pengudaraan bererti peluh anda akan cepat kering.

Rumusan

Secara keseluruhannya, jersi Kobert Terengganu dan T-Team musim 2017 mengalami banyak perubahan positif berbanding jersi musim lepas.

Dan kami dapat merasakan Kobert banyak belajar dari pendapat penyokong Terengganu pada musim lepas sebelum menghasilkan jersi musim ini.

Kepada penyokong-penyokong Terengganu Darul Iman!

Anda boleh mendapatkan jersi Terengganu 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi pasukan hoki Terengganu musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017
SBX – Terengganu 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN