Penyokong Perak Jangka Seladang Bakal Jadi Pasukan Belasahan Musim Ini

Perak

Selepas merakamkan dua kekalahan berturut-turut menentang wakil Liga Super, penyokong Perak jelas resah dengan prestasi yang ditonjolkan oleh skuad Datuk Lim Teong Kim.

Bermula dengan kekalahan kepada Kuala Lumpur City dalam Piala Menteri Wilayah Persekutuan dan terbaharu dimalukan Negeri Sembilan di Paroi, penyokong Perak kini berasakan yang kelab mereka bakal mengharungi musim yang panjang tahun ini.

Menjengah kepada laman rasmi Perak di Facebook, rata-rata penyokong Seladang jelas sekali kecewa dengan persembahan pasukan yang begitu sukar untuk menghasilkan gol.

“Dah berapa perlawanan golnya tak ada, macam mana?,” soal Azmier Mohd.

“Satu gol pun payah nak jaringkan risau kita tengok pasukan [seperti] Kedah, Pahang, Terengganu, dan Johor tu jangan cakaplah mereka semua ada [pemain] import bagus-bagus. Jangan jadi pisang berbuah dua kali,” kata Is Zainal.

“Kalah lagi, ‘makanan’ lah musim ni,” tulis Jamal Rais Hussain pula.

Malah ada juga penyokong yang berasakan Perak bakal menjadi ‘lubuk’ kepada setiap lawan mereka dalam Liga Super musim ini.

“Semua pasukan dalam Liga Super mesti tak sabar nak jumpa Perak. Tiga mata semestinya,” kata Lelaki Suci.

“Lawan Kedah dalam Liga Super ni tak payahlah pergi ke stadium. Rugi duit je. Ini disebabkan pasukan Perak akan menjadi pasukan belasahan dalam Liga Super musim ini,” ujar Atiqul Iqul.

Akan tetapi, ada juga penyokong yang kekal positif dalam hal ini kerana berasakan masih terlalu awal untuk menghakim kepimpinan Teong Kim.

“Lim Teong Kim pun ada cakap awal-awal, tahun ini mencari keserasian, sabar je, percaya proses, kerana saya yakin dengan barisan organisasi jurulatih tersebut,” tulis Muhammad Roslan.

“Jangan risau kamu semua, Hadi Fayyadh ada, mesti liga bermula dia akan jaringkan hatrik. Dia saja simpan skil dan tenaga dia,” komen Sara Hee.

Perak kalah kepada Negeri Sembilan di Paroi dengan jaringan daripada Mahalli Jasuli serta Zaquan Adha memisahkan kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN