Penyokong Mulai Bosan Bayar Mahal Tetapi Menyaksikan Pasukan ‘Second String’

Jumlah kehadiran penyokong ke stadium untuk perlawanan pra musim kelab-kelab EPL di Amerika Syarikat telah merosot.

Perlawanan Manchester United vs. Club America hanya disaksikan 37,776. Kapasiti stadium ialah 63,400.

Seterusnya dalam perlawanan antara Man.United menentang San Jose Earthquake hanya 32,549 orang sahaja hadir. Stadium tersebut ada kapasiti 68,500.

Penganjur menjangkakan akan ada jumlah penyokong yang lebih besar dalam perlawanan Man. United dan AC Milan, tetapi mengecewakan hanya 21,742 sahaja jualan tiket. Man United menurunkan beberapa pemain utama mereka yang tak terlibat dalam Piala Dunia.

Menurut Daily Mail ada beberapa angka jualan tiket terpaksa direka reka untuk menunjukkan kejohanan pra musim ini meriah.

Perlawanan Man. United vs AC Milan ini pada awalnya dijadualkan dimainkan di Pasadena Rose Bowl yang berkapasiti 91,000 tempat duduk.

Namun penganjur menukarkan venues ke stadium lebih kecil StubHub Centre, gelanggang LA Galaxy. Ini selepas beberapa Minggu sebelum sepak mula perlawanan, sambutan ke atas penjualan tiket sangat perlahan.

Mereka menggunakan pengaruh Ibrahimovic dan nama Beckham yang ada kaitan dengan Man.United dan LA Galaxy. Namun masih gagal memenuhkan stadium tersebut yang hanya berkapasiti 27,000.

Dalam perlawanan di antara Tottenham Hotspur menentang Roma di Stadium SDCCU, mereka hanya mampu menarik 18,865 penyokong ke stadium yang berkapasiti 70,000.

Kehadiran lagi teruk dicatatkan di Heinz Field, apabila perlawanan melibatkan Borussia Dortmund vs Benfica hanya ada 16,7171 penyokong hadir.

Menurut seorang jurulatih di San Francisco, Benkay Kajihara, kehadiran kali ini jatuh teruk kerana ramai penyokong di Amerika Syarikat kecewa dengan tiada nama pemain bintang diturunkan.

Penyokong kecewa dengan pasukan second string aataupun pasukan lemah yang diturunkan.

Lagipun di Amerika Syarikat mereka masih kecewa dan terlepas kemeriahan Piala Dunia kerana pasukan mereka gagal mara ke Piala Dunia 2018. Jadi bahang kehangatan bola sepak di sana agak tak cukup panas.

Memang sudah menjadi kebiasaan pengurus untuk memberikan peluang kepada pemain muda bagi bermain dalam pra musim dan beberapa pemain bintang akan digilirkan.

Banyak aspek diambil kira termasuk risiko kecederaan dan usaha untuk memberikan bakat baru peluang mempamerkan kemampuan mereka.

Namun begitu, penyokong kecewa tidak melihat kelibat pemain bintang tetapi tiket mahal. Dilaporkan pra musim kali ini harga tiket dari $20 sehingga $250, dengan menggunakan jenama ICC untuk kejohanan pra musim.

“Bagi saya, harga tiket sentiasa menjadi faktor utama. Saya datang ke perlawanan pra musim ini dan saya mahu melihat pasukan yang lengkap beraksi di hadapan saya.”

Dalam perlawanan Manchester City menentang Liverpool, skuad Pep Guardiola tidak menurunkan pasukan juara EPL mereka.

Mujur perlawanan itu menarik 52,635 penyokong. Liverpool menjadi pemain harus terbesar dalam menarik penyokong ini.

Nasib baik juga Jurgen Klopp terbuka hati menurunkan Sadio Mane dan Mohamed Salah pada separuh masa kedua untuk menjadi tontonan penyokong di sana.

“Apabila menyaksikan pasukan yang bukan pasukan utama perasaan saya kecewa kerana harga tiket terlalu mahal.”

“Seterusnya suasana dalam stadium di sini berbeza dengan atmosfera di Eropah kerana beberapa stadium digunakan kali ini dibuat untuk NFL dan bukan stadium bola sepak. Anda tak akan merasai suasana european experience di sini.”

Pihak penganjur berharap perlawanan di antara Liverpool dan Man. United akan menarik penyokong memenuhi stadium yang berkapasiti 90,000.

Ketiadaan ramai bintang Piala Dunia yang masih bercuti juga menjadi antara faktor ramai penyokong tidak tertarik untuk membayar mahal datang ke perlawanan pra musim.

Namun itulah dilema apabila perlawanan pra musim cuba dijadikan satu perlawanan berbentuk perniagaan.

Pengurus pasukan kelab kelab Eropah ini buat masa ini masih fokus kepada matlamat awal pra musim iaitu membentuk kecergasan pemain dan pasukan.

Ramai juga penyokong yang datang berpuas hati hanya dengan melihat pasukan kesayangan mereka beraksi depan mata walaupun menurunkan ‘budak-budak’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN