Quantcast

BERITA

Photo Ekslusif: Arsenal Lancar Kit Ketiga Mereka Di Kota Singa

Kelab utara London, Arsenal FC telah melancarkan kit ketiga terbaru mereka di Singapura semalam.

Pelancaran kit baru ini adalah julung-julung kalinya diadakan di Kota Singa itu menampilkan Sokratis Papastathopoulos, Alexandre Lacazette, Hector Bellerin dan Petr Cech muncul dihadapan kira-kira 500 peminat setia The Gunners yang sudah menunggu sejak dari pagi.

 

Legenda Arsenal, Ray Parlour yang juga pemain kebangsaan England turut membuat penampilan khas bersama peminat bertuah disamping terdapat pebagai aktiviti lain seperti yang memberikan cenderamata ekslusif Arsenal yang ditandatangani oleh pemian Arsenal seperti jersi dan bola.

Kit ketiga Arsenal ini adalah episod terakhir dari siri kempen ‘Beat of The City’ yang diinspirasikan dari keghairahan penyokong Arsenal yang menghidupkan kelab tersebut.

Penghargaan Kepada Chapman

Sekali imbas, jersi ketiga Arsenal ini mempunyai symbol ‘W’ pada bahagian dadanya. Ia merupakan simbolik kepada formasi ‘WM’ yang diperkenalkan oleh pengurus legenda Arsenal, Herbert Chapman sekitar tahun 1930-an.

Menariknya, jersi ketiga ini adalah saling melengkapi dengan jersi kedua (away kit) mereka, kerana terdapat symbol M di bahagian yang sama.

Jersi ketiga arsenal ini hadir dengan warna hijau Biscay dengan lipatan kolar klasik dan dua ‘hoops’ pada bahagian lengan, mengingatkan kembali kepada kit ‘bluebottle’ mereka yang pernah dikeluarkan untuk musim 1982.

Jersi Berteknologi Tinggi

Seperti musim sebelum ini, jersi Arsenal pada musim ini juga hadir dengan teknologi fabrik evoKNIT dari PUMA yang membenarkan pengaliran haba yang lebih efektif kepada pemakai, selain kawalan kelembapan dan sistem penyejukan yang memberikan lebih keselesaan.

Jersi ini juga direka dengan terdapat ‘cooling zone’ yang membolehkan haba dari badan dilepaskan dengan lebih efektif selain dilengkapi teknologi dryCELL yang khusus untuk mengelakkan peluh dari berkumpul.

Apa kata pemain Arsenal mengenai jersi baru mereka?

Semuanyabola sempat bertanyakan kepada dua pemain Arsenal mengenai pendapat mereka tentang jersi ini.

Menurut pemain bek kanan Arsenal, Hector Bellarin, “ Saya rasa ia (jersi baru ini) muda, luar biasa, ia juga sangat bergaya. Warnanya segar dan ia adalah ‘Arsenal’.”

Bellarin yang juga menjadi pemain utama yang menghiasi poster jersi baru ini juga mengucapkan terima kasih kepada peminat Arsenal di seluruh rantau ASEAN, terutamanya peminat Singapura dan Malaysia yang hadir ke acara itu semalam.

Penyerang sensasi Arsenal, Alexandre Lacazette juga memberikan komen positif mengenai jersi terbaru ini. Menurut Lacazette, “Jersi ini cool, class, warnanya menarik dan ia sangat ringan.”

Jersi ketiga ini sudah dilancarkan semalam dan sudah boleh didapati dari pengedar rasmi barangan bola sepak PUMA di seluruh Malaysia mulai semalam.

Nak tengok gambar ekslusif pemain Arsenal menggayakan jersi PUMA baru mereka di Kota Singa? Jom layan di bawah.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!