Semua orang tahu yang Manchester United dan Liverpool merupakan musuh tradisi dalam bola sepak Inggeris.
Mereka mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia dan kebanyakannya sering bergaduh mengenai siapa yang lebih hebat.
Tetapi kadang kala, permusuhan ini boleh mendekatkan 2 musuh dalam beberapa suasana.
Sebagai contoh ketika insiden Munich Air Tragedy, penyokong Liverpool akan bersama-sama penyokong Manchester United meluahkan kesedihan mengenai insiden tersebut.
Begitu juga ketika sambutan tragedi Hillsbrough, penyokong Manchester United akan bersama-sama penyokong Liverpool mengenang mereka yang telah pergi.
“Kawan saya peminat Liverpool”
Di Twitter terdapat seorang pemuda bernama Paul Alcock telah mencipta fenomena selepas beliau berbalas tweet dengan akaun Twitter akhbar The Sun.
Alcock seorang peminat Manchester United baru-baru ini telah bertemu dengn pemain kesayangan beliau iaitu Chris Smailling.
Beliau menzahirkan rasa gembira itu dengan menulis di Twitternya.
WOW what a day @ChrisSmalling what a guy 👌🏻I think we're still in shock , Pleasure to meet you , Good luck with recovery , Thank you 👏#mufc pic.twitter.com/f48W0bJekk
— Paul Alcock (@paulalcock82) April 30, 2017
Pertemuan beliau dengan Smailling menarik minat The Sun untuk menjadikan kisah beliau sebagai cerita di akhbar mereka.
Lantas, akaun Twitter The Sun menerusi Sun Sport meminta kebenaran kepada Alcock untuk menggunakan gambar beliau sebagai rujukan artikel mereka.
Namun respon Alcock cukup menarik perhatian.
Beliau menolak permintaan The Sun untuk menggunakan gambar beliau kerana menghormati rakan-rakan beliau yang merupakan penyokong Liverpool.
Semua tahu yang The Sun merupakan akhbar yang dibenci oleh penyokong Liverpool, Everton dan Mersyeside.
I'm afraid not , I have close friends that are Liverpool supporters #jft96
— Paul Alcock (@paulalcock82) May 1, 2017
Nyata jawapan Alcock menarik perhatian ramai pihak. Bola-bola juga, kemanusiaan jangan dilupakan.
Tahniah, Paul Alcock!
Baca juga: Inilah Tindakan Yang Dilakukan Sulley Muntari Selepas Diserang Oleh Penyokong Yang Rasis