Penyokong Merusuh Selepas Kaizer Chiefs Tewas Dalam Aksi Separuh Akhir Piala Nedbank

Kaizer Chiefs

Kancah bola sepak Afrika Selatan dikejutkan dengan rusuhan yang dilakukan para penyokong kelab Kaizer Chiefs pada perlawanan separuh akhir Piala Nedbank pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan di Stadium Moses Mabhida yang menyaksikan Kaizer Chiefs tumpas 2-0 ditangan Free State Stars.

Kekalahan tersebut mengakibatkan para penyokong skuad yang digelar ‘Amakhosi’ itu bertindak bagi menyerbu masuk ke padang.

Ketegangan yang dilaporkan berpunca dari ketidakpuasan hati penyokong terhadap para pemain dan ketua jurulatih, Steve Komphela berterusan dan tidak dapat dibendung lagi setelah mereka bertindak di luar kawalan dengan memukul seorang pengawal keselamatan wanita yang bertugas di padang.

Seorang ‘budak milo’ dan beberapa orang penyokong juga turut tercedera dalam insiden buruk ini.

Selain itu, papan iklan di tepi padang dan beberapa kamera milik penyiar rasmi, SuperSport juga turut dirosakkan.

Ketika keadaan rusuhan di tengah padang sudah mula reda, kelihatan api marak di tempat duduk penyokong apabila terdapat pula penyokong yang membakar kerusi penonton.

Juruteknik stadium melaporkan kepada akhbar bahasa inggeris di Afrika Selatan, SowetanLIVE bahawa sekurang-kurangnya R2 juta kerosakan yang ditanggung peralatan mereka, dengan beberapa barang turut dicuri oleh penyokong yang tidak bertanggungjawab terbabit.

Kira-kira R3 juta kerugian pula dianggarkan susulan kerosakan sistem audio selepas alat pembesar suara di kawasan padang juga turut dirosakkan.

Dengan keadaan ini sudah tentu akan memberikan kesulitan buat Kaizer Chiefs apabila kelab itu bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin South Africa’s Premier Soccer League (PSL) pada 3 Mei nanti di Johannesburg.

Foto: SowetanLIVE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN