TMJ Akan Lepaskan JDT Jika Usaha Gagal, Namun Tetap Yakin Dengan Perubahan

Dalam satu muat naik di laman Facebook JOHOR Southern Tigers (JST), pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) melaungkan keyakinan prestasi pasukan JDT akan mengalami perubahan pada Mei akan datang.

Dalam entri di akaun media sosial yang merupakan lidah rasmi JDT itu, TMJ turut berkata bahawa baginda akan melepaskan segala perkara perihal bola sepak jika usaha yang telah dilakukan itu gagal memberikan impak positif kepada pasukan.

Kenyataan melepaskan segala perkara mengenai bola sepak oleh TMJ itu sebenarnya dilihat sebagai laungan keyakinan oleh baginda kerana keyakinan JDT mampu bangkit selepas segala perubahan yang telah dilakukan.

Antara perubahan yang telah diusahakan oleh TMJ untuk JDT ialah dengan menandatangani dua tenaga import baharu, yang akan disahkan secara rasmi pada jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia pada Mei hadapan.

Dua pemain asing yang dimaksudkan ialah bekas pemain sayap Lyon, Harry Novillo (gambar bawah). Khidmat Novillo ditagih untuk menggantikan tempat Jorge Pereyra Diaz yang secara teknikalnya ‘angkat kaki’ dari kem JDT.

Selepas turut mengumumkan Luciano Figueroa turut akan diganti, JDT turut membayangkan akan membawa seorang lagi tenaga import daripada Amerika Latin. Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada JDT ataupun TMJ sendiri mengenai profail pemain tersebut.

Bagaimanapun, melalui entri terbaru oleh TMJ di laman JST, ianya hampir pasti baginda telah berjaya mengesahkan tenaga import kedua untuk JDT yang akan didaftarkan pada Mei hadapan.

“Baru-baru ini saya telah menandatangani dua pemain baharu kami. Pada bulan Mei nanti JDT akan menjadi sebuah pasukan yang berbeza. Jikalau prestasi pasukan tidak meningkat selepas ini sepertimana yang saya yakin, saya akan lepaskan segala-gala yang berkaitan dengan bola sepak untuk selama-lamanya. Ini kerana saya yakin mereka akan berikan persembahan terbaik,” ujar TMJ dalam kenyataan terebut.

Baru-baru ini, TMJ telah ke beberapa negara Eropah termasuk Sepanyol dan Portugal. Baginda dijangka akan ke pulang tanah air esok.

Adakah kunjungan baginda ke eropah baru-baru ini turut bertujuan memuktamadkan penyertaan pemain import kedua untuk JDT selepas Harry Novillo?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN