AFC B-16: Penyokong Malaysia Diminta Hadir Ke Stadium Beri Sokongan

Skuad B-16 negara jelas menampilkan persembahan yang cukup menyakinkan ketika perlawanan pembukaan Kejohanan AFC B-16 menentang Tajikistan.

Mereka menang besar dengan jaringan 6-2 dalam perlawanan itu.

Menjelang aksi kedua peringkat kumpulang menentang Thailand pula, penyokong skuad negara diminta untuk hadir untuk memberikan sokongan padu kepada mereka.

Menurut laman Berita Harian, pengurus pasukan B-16 Malaysia iaitu Datuk S. Sivasundram menggesa para penyokong untuk turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan.

Walaupun beliau mengakui terdapat keyakinan untuk menewaskan Thailand, akan tetapi Siva tetap mahu penyokong datang ke stadium untuk menambahkan keyakinan menerusi sokongan yang diberikan oleh mereka pula.

“Saya yakin kita akan menang lawan Thailand kalau fokus semasa menentang Tajikistan dikekalkan.”

“Cuma kami mahu para penyokong semua untuk turun ke stadium pada perlawanan menentang Thailand nanti.”

Kesebelasan utama skuad bawah 16 tahun negara ketika aksi persahabatan menentang Korea Selatan. FOTO: FAM

Menurut Siva, beliau mengambil inspirasi dari semangat penyokong negara jiran iaitu Indonesia dalam hal ini.

Ketika Kejohanan AFF B-16, penyokong Indonesia memenuhi segenap ruang stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan remaja mereka.

“Lihat saja penyokong Indonesia, mereka memenuhi setiap ruang di stadium ketika pasukan remaja mereka bermain.”

“Saya harap penyokong kita boleh lakukan tindakan yang sama dengan berikan sokongan padu kepada pasukan kita.”

Gesaan yang diluahkan oleh Sivasundram itu bukanlah sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, dalam perlawanan menentang Tajikistan terdapat 800 penonton sahaja yang hadir di stadium.

Malah, laman Ultras Malaya telah menghidupkan semboyan untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam perlawanan yang akan dilangsungkan pada jam 4.30 petang ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN