Zlatan Ibrahimovic Beri Bayangan Kembali Ke Malmo FF, Akhiri Karier Beliau Di Sana

Sweden

Zlatan Ibrahimovic telah bermain di pelbagai liga sepanjang karier bola sepaknya.

Beliau sudah menikmati beraksi di Premier League, Serie A, La Liga dan juga Ligue 1 serta beberapa lagi liga lain.

Kini menuju fasa terakhir dalam kariernya, di manakah beliau akan menamatkan kariernya?

Jika dilihat kepada situasi semasa, beliau berpotensi akan menamatkan kariernya di Amerika Syarikat bersama Los Angeles Galaxy.

Namun begitu menurut laman Footballskanalen, Ibrahimovic mengakui ada potensi untuk beliau menamatkan kariernya di kelab beliau memulakan karier profesionalnya.

Kelab yang dimaksudkan tersebut adalah Malmo FF yang merupakan sebuah kelab di Sweden.

Menurut Ibrahimovic, beliau mengakui tidak mempunyai sebarang masalah mengenai potensi untuk kembali ke Sweden untuk menamatkan karier beliau di tempat sendiri.

Malah beliau turut mengatakan Malmo FF sebenarnya pernah memberikan tawaran kepada beliau untuk kembali.

“Saya ada terima tawaran dari Malmo FF. Mereka mahukan saya kembali ke kelab dan tamatkan karier saya di sana.”

“Saya tidak menutup peluang untuk kembali ke Malmo FF kerana kejuaraan di Sweden adalah piala yang belum saya peroleh lagi.”

Ibrahimovic yang berusia 36 tahun baru saja menjaringkan gol ke-500 dalam karier beliau.

Beliau sememangnya seorang pengembara dalam bola sepak selepas bermin untuk Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester United, Internazionale serta banyak lagi.

Adakah Ibrahimovic akan kembali ke Malmo FF? Kita nantikan saja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN