Penyokong Mahu Ifwat Akmal Ganti Kalamullah Jaga Gawang Kedah

Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman (KDA) berjaya kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kelantan United di Kota Bharu dengan jaringan 3-2.

Gol-gol daripada Willian Lira, Manuel Hidalgo serta Al-Hafiz Harun berjaya memastikan skuad Nafuzi Zain kembali menyertai kelompok empat terbaik Liga Super dengan mengutip sembilan mata daripada empat perlawanan.

Namun begitu, disebalik kemenangan itu, penyokong Kedah dilihat masih lagi tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditonjolkan.

Bagi mereka, menentang pasukan seperti Kelantan United sepatutnya bukannya satu masalah buat mereka dan kemenangan boleh diraih dengan lebih mudah tanpa perlu berhempas-pulas.

Menjengah di laman Facebook Kedah, rata-rata penyokong risau melihat persembahan pertahanan Sang Kenari yang cukup longlai.

“Tahniah Kedah. Pertahanan boleh cuba orang lain pula untuk berganding dengan Bojan Ciger. Pulun Kedah Pulun,” kata Idris Ahmad.

“Banyak lagi yang perlu baiki terutamany pertahanan, kurang persefahaman. Apa-apa pun tahniah Kedah dapat tiga mata. Alhamdulillah,” tulis Ahmad Amran Haman.

“Patut pertahanan gandingkan Ciger dengan Rodney,” cadang Masrizal Hashim.

Namun apa yang lebih memeningkan adalah penyokong Kedah adalah prestasi yang ditonjolkan oleh Kalamullah Al-Hafiz.

Malah, mereka cadangkan supaya Ifwat Akmal diberikan peluang untuk kembali menjaga gawang Kedah.

“Penjaga gol ceroi sikit,” tulis Fizal Saad.

“Penjaga gol tu boleh bagi rehat setiap perlawanan bolos, bagi Ifwat pula,” komen Ayvia Abu.

“Penjaga gol tolong kembalikan [kepada] Ifwat,” ujar Jamil Jamil.

Adakah sudah tiba masa untuk Nafuzi memberikan peluang kepada Ifwat berbanding Kalamullah?

Atau pertimbangan oleh penyokong Kedah terhadap penjaga gol Harimau Malaya ini terlalu keras untuk beliau?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN