Penyokong Liverpool Perlu Berhenti Berharap Kerana FSG Tak Akan Pergi

Penyokong Liverpool sepertinya sudah boleh melupakan hasrat mereka untuk memiliki pemilik baru kerana Fenway Sports Group (FSG) tidak akan menjual kelab dari saingan Premier League itu.

Menurut sumber laporan dari David Ornstein, pemilik Liverpool John W Henry sudah menjelaskan yang beliau tidak akan menjual Liverpool dan The Reds tidak pernah ditawarkan untuk dijual.

November lalu, Ornstein melaporkan di The Athletic yang FSG mahu menjual Liverpool dan mereka turut sudah membentangkan tawaran kepada calon-calon pembeli.

Melihat laporan tersebut, FSG sendiri ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan seandainya ada sesiapa yang mahu membeli saham sahaja di Liverpool.

Beberapa bulan selepas tularnya berita tersebut, beberapa syarikat gergasi dari Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat yang tampil menyatakan minat mereka mahu membeli Liverpool.

Walau bagaimanapun, The Athletic mendakwa yang FSG sebenarnya tidak begitu berhasrat mahu menjual Liverpool dan mahu terus kekal menjadi pemilik kelab Merseyside itu.

Minggu lalu, selepas tiga bulan dikaitkan dengan bakal dijual, Henry mengesahkan kepada wartawan Boston Sports, Sean McAdam yang Liverpool bukan untuk dijual.

Pemilik dari Amerika Syarikat itu menyatakan bahawa:

“Saya tahu banyak cakap-cakap belakang tentang kelab bola sepak Liverpool, tapi saya masih berpegang pada fakta yang kami sebenarnya hanya sedang memformalkan proses yang sedang berjalan.”

“Adakah kami akan terus berada di England? Tidak. Adakah kami akan menjual Liverpool? Tidak. Adakah kami sedang berunding dengan pelabur? Ya. Adakah sesuatu akan terjadi? Saya yakin itu, tapi ia bukan untuk dijual. Adakah kami menjual apa-apa sejak lebih 20 tahun kebelakangan ini?”

Ornstein kemudiannya menelusuri lagi tentang hal tersebut dengan beliau kemudiannya mengesahkan bahawa FSG akan terus memiliki Liverpool walau The Reds pernah dikaitkan dengan bakal dijual.

Bercakap kepada Sky Sports, Ornstein menyatakan bahawa:

“FSG memang ada meletakkan Liverpool untuk dijual, kita tidak pernah tahu bagaimana pengakhirannya dan kita hanya berpegang kepada apa yang dilaporkan sebelum ini, dan sepertinya kita tak pernah dengar ada tawaran serious seperti apa yang diharapkan.”

“Saya yakin itu kerana pengaruh dari Manchester United juga sedang dalam proses untuk dijual sekarang dan keputusan seperti malam ini (bertemu Real Madrid) sama sekali tak membantu penjualan.”

Penyokong Liverpool juga sepertinya boleh berhenti berharap yang mereka akan memiliki pemilik baru kerana FSG tidak akan pernah menjual kelab gergasi Premier League itu.

Liverpool kini hanya mencari pelabur dan bukanlah pemilik baharu jadi para penyokong boleh lah berhenti berangan-angan mahu mendapatkan pemilik baru.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN