Marcus Rashford Anggap Menang Carabao Cup Seperti “Dunia Ini Ana Punya”

Marcus Rashford

Pemain Manchester United, Marcus Rashford amat berharap agar diri dan pasukannya akan berjaya untuk memperoleh gelaran EFL Cup (Carabao Cup).

Beliau yang cukup berprestasi tinggi selepas aksi Piala Dunia memberikan harapan yang menggunung buat penyokong United agar mereka mampu menewaskan Newscastle United di perlawanan akhir.

Bagi Rashford pula, ianya adalah satu kejayaan jika beliau berjaya menghadiahkan piala kepada kelabnya itu selepas sekian lama tidak mendakap kejuaraan.

Jika bergelar juara, dunia ini ibarat Rashford yang punya kerana berjaya menggembirakan jutaan penyokong United.

“Memenangi EFL Cup amatlah bermakna buat saya. Saya rasakan yang sudah lama kami tidak memenangi apa-apa.

“Saya rasakan yang kami telah melakukan tugas dengan cukup baik dan kini tinggal hanya pastikan kejayaan milik kami,” kata Rashford.

Bagi Bruno Fernandes pula, pemain tengah itu yang belum pernah merasai nikmat kejuaraan bersama-sama United turut berharap trofi EFL Cup akan singgah pula ke Old Trafford.

“Ia pastinya akan mengagumkan [untuk menang EFL Cup]. Ianya adalah trofi pertama untuk musim ini yang saya boleh menang kelab.

“Jadi, ianya pasti akan menjadi satu perasaan yang hebat dan berharap kami dapat membawa pula piala ini untuk kelab setelah sekian lama,” kata Fernandes.

Sepanjang menyertai United, Fernandes memang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan sejak berpindah dari Sporting Club.

Beliau berpeluang untuk memenanginya pada hujung minggu ini akan tetapi ianya bukan mudah kerana lawan yang menanti Fernandes dan United adalah Newcastle yang cukup hebat dibawah kendalian Eddie Howe.

United akan berdepan Newcastle pada pagi Isnin ini waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN