Penyokong Liverpool Paling Bising Di Kancah Saingan EPL

Penyokong Liverpool dinobatkan sebagai penyokong yang paling bising di kancah saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka pada musim ini.

Undian yang dilakukan melalui satu kajian itu juga menyaksikan Liverpool turut menewaskan Manchester United dari segi lagu tema yang menjadi kegemaran ramai di seluruh England.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Kajian yang dilakukan oleh Barclays dengan kerjasama YouGov itu melibatkan 4000 individu di kalangan pasukan utama EPL, yang terdiri dari kalangan penyokong, bekas pemain dan pengurus pasukan setiap kelab.

Kajian tersebut menjelaskan penyokong Liverpool adalah yang paling bersemangat dan bising di dalam memberi sokongan kepada pasukan mereka ketika aksi di Anfield dan juga di tempat lawan.

Selain daripada lagu tema ‘You’ll Never Walk Alone’ yang menduduki carta pertama senarai lagu kegemaran di kalangan kelab bola sepak EPL, lagu milik West Ham, ‘I’m Forever blowing Bubbles’ berada di tangga kedua, dan diikuti oleh lagu berjudul ‘Delilah’, yang merupakan lagu tema Stoke City.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images )

Manchester United yang memiliki kapasiti stadium terbesar di England, sekadar berada di kedudukan keempat untuk penyokong paling bising, walaupun sebelum ini atmosfera di Old Trafford dikritik oleh pengurus mereka sendiri, Jose Mourinho.

Kajian tersebut turut mendapati majoriti penyokong bola sepak di EPL mementingkan sebuah pasukan yang beraksi dangan komitmen dan sepenuh hati, berbanding dengan pasukan yang sekadar mengejar kemenangan.

81% daripada peserta kajian tersebut turut berpendapat kehadiran mereka ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung, akan memberikan impak postif kepada pasukan di dalam perlawanan.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images )

Kemenangan 4-3 Liverpool terhadap Manchester City pada Januari lalu turut mendapat undian tertinggi sebagai perlawanan yang paling menerima impak daripada kehadiran penyokong dan sokongan mereka?

Kajian di atas merupakan kajian untuk melihat impak penyokong kepada pasukan bola sepak ketika perlawanan. Laporan penuh akan dikeluarkan pada Mei nanti.

Berdasarkan keputusan awal ini, beranikah anda mempersoalkan sumbangan penyokong?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN