Nidzam Sudah Siapkan Strategi Sekat Rangkaian Serangan Selangor

Pertembungan Liga Super di antara pasukan Kedah menentang Selangor malam ini di Stadium Darulaman pasti menarik apatah lagi skuad The Red Giants kini dalam prestasi terbaik mereka selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA minggu lepas.

Pengendali helang merah, Mohd Nidzam Adha berkata kepada Berita Harian, beliau bersama barisan kejurulatihan sudah siapkan strategi terbaik untuk mengembalikan semula reputasi Kedah.

Sesi latihan skuad kedah sebelum jumpa Selangor.

“Saya bersama barisan kejurulatihan sudah meneliti beberapa aspek kelemahan dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan kami sudah mengatur langkah terbaik dalam latihan bagi mengatasi masalah sama supaya tidak berulang ketika bertemu Selangor.

“Dua kekalahan dialami Kedah sewaktu bertemu Kuala Lumpur dan Pahang menjadi panduan untuk memperbaiki segala kelemahan, memulihkan corak permainan serta meningkatkan semula prestasi permainan Kedah.

“Tempoh dua minggu lalu menjadi cabaran utama buat saya dalam merangka serta melaksanakan perancangan bagi mengembalikan tahap kedudukan Kedah dalam usaha untuk bangkit kembali menguasai liga selepas ini,” katanya.

Beliau juga sedar tugas berat sedang menanti untuk mengembalikan semula prestasi terbaik pasukan Kedah.

“Saya berazam mempertingkatkan semula prestasi Kedah supaya kembali ke tahap kelompok pasukan teratas Liga Super dan untuk itu kita perlu kerjasama semua pihak bersatu hati memberi sokongan dan pada masa yang sama pasukan juga perlu lebih fokus dalam memburu kemenangan.

“Jadi medan terbaik untuk Kedah memulakan langkah terdekat adalah dengan mencapai kemenangan dan memperolehi tiga mata apabila bertemu Selangor di laman sendiri, esok,” katanya.

Sesi latihan skuad Kedah sebelum jumpa Selangor.

Sementara itu, pengendali Selangor Mohd Nazliazmi berkata, misi utama yang dibawa skuad The Red Giants ke Darul Aman adalah untuk menamatkan rekod buruk dalam Liga Super selepas tewas tiga kali berturut-turut sebelum ini.

“Kami menghormati kedah sebagai satu pasukan yang baik dan hebat dalam Liga Super. Jadi, kami tidak boleh mengambil mudah terutama apabila mereka beraksi di gelanggang sendiri.

“Sudah pasti kami inginkan kemenangan dan membawa pulang mata dari Kedah selepas mengalami tiga kekalahan dalam perlawanan liga sebelum ini. Bukan mudah, tapi ia juga tidak mustahil.

“Apa yang saya lihat, kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang. Bagi Selangor, sudah pasti kami akan memberikan tentangan sengit kepada Kedah,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN