Apalah bola sepak tanpa penyokong, bukan?
Terbukti, penyokong memainkan kuasa besar dalam satu-satu perlawanan bola sepak.
Penyokong bukan sahaja memberikan sokongan dengan menyanyi dan bersorak, malah mereka juga kadang-kala mampu mengubah keputusan perlawanan dengan sorakan padu mereka.
Dan itulah yang berlaku di Premier League walaupun liga itu sering dilabel sebagai liga yang membosankan dari segi atmosfera perlawanan.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh YouGov Research, hasil kajian mendapati Liverpool, Newcastle United dan Crystal Palace merupakan pasukan yang mempunyai pemain ke-12 paling aktif di stadium.
Hasil kajian yang menggunakan undian dari penyokong pelawat mendapati Liverpool merupakan pasukan yang mempunyai sorakan paling bising di laman sendiri dengan 15%.
Ia diikuti dengan Newcastle United dengan 8% dan juga Crystal Palace dengan 7%.
Dalam kajian itu juga menyaksikan 77% responden mengakui kuasa penyokong memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan perlawanan.
Perlawanan Premier League melibatkan Liverpool dan Manchester City yang berakhir dengan keputusan 4-3 dipercayai dipengaruhi dengan sokongan pemain ke-12 di stadium.
Dalam masa yang sama, 54% dari responden turut berpendapat jika pasukan mereka menang pada minggu itu ia dapat menjadikan hujung minggu mereka lebih baik.
Kajian yang dilakukan ini juga mendapati 28% penyokong mahu menyaksikan pasukan mereka beraksi dengan sepenuh hati dan komitmen.
Ia mengatasi pilihan kedua responden sebanyak 22% yang mahu menyaksikan pasukan mereka menang dengan apa cara sekalipun.
Kajian ini juga mendapati Huddersfield dan juga Stoke City mempunyai kelompok penyokong tempatan paling ramai di Premier League dengan 61%.
How Game Changing are fans? Find out the impact of the 12th player on your Premier League team. Read now: https://t.co/4Wml25uH8A pic.twitter.com/ukB8ldzon4
— Premier League (@premierleague) May 11, 2018