Iniesta Dedahkan Van Gaal Merupakan Jurulatih Terpenting Sepanjang Karier Beliau

Setiap pemain bola sepak pastinya mempunyai seorang jurulatih yang cukup penting dalam karier mereka sebagai pemain.

Begitu juga dengan legenda Barcelona iaitu Andres Iniesta. Beliau juga mempunyai seorang jurulatih yang memberikan kesan yang mendalam dalam karier beliau.

Dalam sebuah temuramah bersama Mundo Deportivo, Iniesta menjawab beberapa soalan mengenai beberapa individu penting dalam karier Barcelona dan Sepanyol beliau.

Dalam temu ramah itu, Iniesta mengakui Louis Van Gaal merupakan individu terpenting dalam karier beliau.

“Louis Van Gaal? Beliau merupakan pengurus terpenting dalam karier saya.”

Van Gaal bertanggungjawab sebagai salah seorang pengurus yang membentuk Iniesta sebagai pemain ketika beliau masih muda.

Selain itu, Iniesta juga turut memberikan pendapat beliau dalam temuramah yang dijalankan dengan format quick-fire question ini.

Beliau turut memberikan komen mengenai Pep Guardiola, Frank Rijkraad, Luis Aragones, Vicente Del Bosque, Luis Enrique, Xavi dan juga Lionel Messi.

“Pep Guardiola? Seorang guru kepada saya.”

“Frank Rijkaard? Seorang jurulatih yang cukup ideal dalam karier saya pada waktu itu.”

“Luis Aragones? Seorang guru dan beliau sering memberikan alternatif kepada saya ketika pemilihan skuad.”

“Vicente Del Bosque? Seorang jurulatih dan insan yang menakjubkan. Seorang contoh insan yang terbaik.”

“Luis Enrique? Seorang jurulatih dan rakan yang membuatkan saya berasa penting di dalam pasukan sekali lagi.”

“Xavi? Seorang pemain yang menjadi rujukan kepada saya.”

“Lionel Messi? Satu-satunya.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 20: Lionel Messi of Barcelona celebrates with teammate Andres Iniesta after scoring his sides first goal during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Chelsea FC and FC Barcelona at Stamford Bridge on February 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN