Sebaik sahaja Liverpool tewas 2-0 kepada Atlanta dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL), seorang penyokong pasukan tersebut merasakan Jurgen Klopp perlu dipecat kerana tidak mampu lagi membawa kemajuan kepada pasukan.
Lebih memeritkan lagi, The Reds gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang perlawanan tersebut dan ia juga merupakan kekalahan ketiga Liverpool pada musim ini.
Perkembangan tersebut pastinya mula meresahkan penyokong yang mula meragui kemampuan Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang baru mereka menangi musim lepas setelah 30 tahun menunggu.
🥴 Liverpool failed to register a single shot on target at Anfield for the first time under Jurgen Klopp in last night's 2-0 defeat to Atalanta
😬 It's the third time they have managed the feat in their last 24 #UCL matches home and away pic.twitter.com/pTXh0kGum4
— WhoScored.com (@WhoScored) November 26, 2020
“Saya rasa kita perlu fikirkan semula, adakah Jurgen Klopp benar-benar jurulatih yang bagus?,” soal penyokong tersebut yang dikenali sebagai David dalam satu panggilan radio bersama talkSport.
“Adakah dia sehebat Bob Paisley atau Bill Shankly? Tidak. Adakah dia akan menang banyak trofi seperti mereka? Tidak. Dia tidak akan kekal lama. Sekarang ni kita lihat dia sudah mula ‘merengek’ mengenai jadual perlawanan yang padat.
Beliau turut mempersoalkan kemampuan Liverpool untuk mengukuhkan bahagian pertahanan selepas berlakunya krisis kecederaan beberapa pemain utama.
“Kenapa semasa perpindahan musim panas tempoh hari dia tidak mendapatkan pemain baharu sebagai persediaan sekiranya Virgil van Dijk mengalami kecederaan, sampaikan tiada pemain yang boleh menggantikannya?
📊Having been unbeaten in their first 15 home #UCL games under Klopp, Liverpool have lost 2 of the last 3
Italian teams to win at Anfield in Champions League:
✅ Atalanta, Fiorentina
❌ Roma, Napoli, Inter, Juventus pic.twitter.com/fDjMd02bkn— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 25, 2020
“Kekalahan 7-2 kepada Aston Villa tidak akan berakhir di situ, ia akan berlaku lagi. Cuba lihat Liverpool sekarang ini hanya ada 5 perbezaan gol, sedangkan Spurs yang sedang mendahului liga sekarang mempunyai kelebihan 12 gol.
“Macam mana Liverpool nak naikkan kelebihan gol itu jika mereka terus dibolosi? Saya tak tahu apa yang Klopp sedang buat sekarang. Adakah dia akan memenangi trofi lagi untuk Liverpool? Saya tak pasti, tetapi dengan cara mereka bermain pada malam ini, ia tak mungkin.”
Ketika ditanya sebagai penyokong setia Liverpool adakah beliau mahu Klopp dipecat, David menjawab dia mahu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam beberapa perlawanan lagi selepas ini.
“Saya merasakan ia [kekalahan] akan berlaku lagi. Dia kini sedang membawa pasukan mundur ke belakang. Jika keadaan ini berterusan, ya saya mahu dia dipecat.”
⚽️🎙️ Post-Game | Liverpool 0-2 Atalanta
🙃 Flat night at Anfield. Catch the Post-Game pod for reaction from Jurgen Klopp's press conference
🔴 Plus, @ptgorst at Anfield as well as @CM10markbaker, @bossmanross1981 & @hannah_pinnock
⬇️⬇️⬇️https://t.co/18exw5ynMo pic.twitter.com/6ml3WvNYol
— ɢᴜʏ ᴄʟᴀʀᴋᴇ 🎙️ (@guyclarke05) November 25, 2020
Dalam sidang media selepas perlawanan, Klopp mengakui sedikit kecewa kerana keputusannya untuk membuat lima pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding skuad yang menang 3-0 ke atas Leicester City pada hujung minggu lalu tidak memberikan hasil yang dimahukan.
“Kita tidak bermain dengan rentak permainan yang sepatutnya. Kita tidaklah bermain terlalu buruk, tetapi tidak melakukan sebarang percubaan tepat adalah satu petanda yang tidak baik.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool dan Jurgen Klopp:
Kecederaan Lutut Joe Gomez Memaksa Klopp Cipta ‘Mascherano Baharu’
Klopp: EPL Musim Ini Bukan Lagi Perlumbaan Antara Liverpool & City Sahaja