Umum mengetahui, ramai yang kurang gemarkan jersi rekaan Nike yang dianggap sebagai “malas” dan boleh diduga bagaimana coraknya.
Dan kerana itu, penyokong Liverpool dijangka bakal menyesali keputusan kelab mereka memilih jenama itu berbanding New Balance selepas melihat corak jersi kedua mereka yang dianggap sebagai “buruk”.
Menurut laporan Sport Bible, rekaan jersi kedua untuk juara menanti Premier League 2019/2020 itu tertiris di alam maya dengan ianya berwarnakan turquoise yang melampau.
Masih mengekalkan penggunaan logo Liverbird berbanding logo rasmi Liverpool, Nike meletakkan unsur abstrak sebagai penghias jersi The Reds.
Ianya tidak ubah seperti jersi utama Cheslea yang terdapat corak sedemikian sebagai unsur utama.
Sungguhpun ianya belum lagi rasmi, akan tetapi reaksi yang diberikan oleh penyokong Liverpool jelas jauh dari rasa puas hati.
Ada yang siap tidak mahu ambil tahu bagaimana pula rekaan jersi pertama dan ketiga sekiranya ianya corak untuk jersi kedua itu benar.
Malah ada yang menyamakan ianya seperti dengan penemuaan di dasar kolam renang.
Penulis turut berasakan selain warna yang luar biasa dari kebiasaan, warna ini mungkin tidak diterima kerana ianya berunsur biru yang sering dikaitkan oleh seteru utama Liverpool iaitu Everton.
Jadi, apa pendapat anda mengenai rekaan ini? Adakah ianya cantik atau buruk? Luahkan di ruangan komen.