CIES: Liverpool Mempunyai Skuad Paling Berharga Di Eropah

Hasil kajian kumpulan pengkaji bola sepak CIES, pasukan Liverpool dilaporkan mempunyai skuad paling berharga dalam pasaran perpindahan dalam kalangan lima liga utama di Eropah.

Analisis dibuat dengan mengambil 20 orang pemain  yang mempunyai nilai tertinggi bagi setiap pasukan.

Dengan anggaran nilai agregat sebanyak €1.4 bilion (RM6.76 bilion), The Reds menduduki tempat teratas dalam senarai mengatasi pesaing di Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan nilai €1.36 bilion (RM6.56 bilion) di tempat kedua.

Dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat dengan nilai €1.17 bilion dan €1.1 bilion. Chelsea di tempat kelima sementara Manchester United dan Tottenham Hotspur juga memasuki senarai 10 pasukan teratas.

Kelab Bundesliga, Paderborn pula berada di kedudukan paling bawah dengan nilai €37 juta diikuti Lecce (€38 juta) dan Union Berlin (€46 juta).

Peningkatan nilai pemain Liverpool adalah berdasarkan kejayaan pasukan ini menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lepas selain menambah trofi Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Pasukan itu turut merekodkan kecemerlangan dalam saingan EPL yang kini hanya memerlukan dua kemenangan sahaja daripada baki sembilan perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.

Agak mengejutkan untuk melihat skuad kendalian Frank Lampard yang menduduki tangga kelima dengan nilai €1 bilion sekalipun sebelum ini pasukan tersebut digantung daripada terlibat dalam dua jendela perpindahan.

Bagaimanapun CIES menyatakan ianya adalah faktor peningkatan prestasi pemain-pemain muda yang mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan itu pada musim ini.

Sementara itu, penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe merupakan pemain paling bernilai dalam pasaran dengan nilai €250 juta.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN