Peminat Liverpool Ini Kayuh Basikal Dari Negaranya Untuk Tengok Liverpool Beraksi

Seorang peminat Liverpool dari Korea Selatan telah mengejar impian beliau untuk melihat pasukan kesayangannya beraksi secara langsung.

Jungyu Lee, seorang pemuda dari Korea Selatan telah mengayuh basikal dari tanah air beliau untuk sampai ke Liverpool untuk melihat pasukannya beraksi di Anfield!

235 hari

Lee mengambil masa selama 235 hari untuk menlengkapkan perjalanan beliau itu dengan menaiki sebuah basikal.

Beliau mengharungi perjalanan sejauh 10 ribu batu dari Korea Selatan hinggalah ke England atau lebih tepat Liverpool.

Di setiap perhentian beliau di mana-mana negara, beliau akan menangkap gambar serta menunjukkan berapa jauhkah jarak yang sudah beliau lalui.

Gambar-gambar tersebut kemudiannya dimuat naik ke dalam akaun Instagram milik beliau untuk dipaparkan kepada pengikut beliau.

Tak dapat tiket

Namun begitu, hajat Lee untuk melihat aksi pasukan Liverpool tidak berjaya kerana sebaik sahaja beliau sampai di sana tiket sudah habis dijual.

Beliau yang amat menggemari pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kemudiannya terpaksa menonton perlawanan Liverpool di sebuah bar yang berdekatan.

Kisah menarik Lee ini kemudiannya mendapat perhatian dari pihak kelab Liverpool.

Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk memberikan tiket percuma kepada beliau untuk perlawanan diantara Liverpool dan Tottenham Hotspur pada 11 Februari di Anfield.

Bukan itu sahaja, malah pihak Liverpool sendiri akan memberikan Lee peluang untuk menyertai lawatan stadium (stadium tour) di Anfield secara percuma!

Lee kini mungkin sudah berjaya merealisasikan impiannya dengan berkayuh basikal dari Korea Selatan ke Liverpool dengan menyaksikan pasukan kesayangannya beraksi.

Persoalan menyelubungi Lee sekarang ada, adakah beliau mahu pulang ke Korea Selatan dengan mengayuh basikal sekali lagi?

Kata Lee beliau belum lagi ada sebarang jawapan. Tetapi seeloknya beliau mahu pulang ke Korea Selatan dengan menaiki kapal terbang.

Baca juga: Lille Tawar Tiket Percuma Kepada Wanita Selepas Insiden Hina Kaum Hawa Di Stadium

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN