Penyokong Liverpool Bengang Kerana Pep Ungkit Kisah Gerrard Tergelincir

Penyokong Liverpool bengang kerana Pep Guardiola dengan tiba-tiba mengungkit semula kisah ikonik melibatkan legenda England, Steven Gerrard.

Dek kerana diasak tanpa henti oleh pelbagai pihak, Pep Guardiola tampil mempertahankan kelabnya dan mula menghentam kelab-kelab lain dalam saingan Premier League.

Pengurus Man City itu sebelum ini menyebut nama sembilan kelab yang dikatakan sangat terdesak mahu melihat Man City disingkirkan dari saingan Champions League.

Bercakap ketika sesi temu bual sebelum aksi bertemu Aston Villa awal pagi tadi, Pep Guardiola menyatakan bahawa:

“Ketika kami menunggu UEFA menjatuhkan hukuman terhadap kami, ada sembilan kelab, Burnley, Wolves, Leicester, Newcastle, Spurs, Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Chelsea mahukan City untuk disingkirkan dari saingan Champions League. Mereka mahukan tempat itu, tempat yang mana kami menang di padang untuk mendapatkannya.”

Walau nama kelab mereka disebut oleh Pep, penyokong Liverpool sepertinya tidak begitu ambil peduli tentang kenyataan tersebut.

Walau bagaimanapun, ketika bekas pengurus Barcelona itu menyebut tentang Steven Gerrard, maka penyokong Liverpool jelas sekali tidak boleh berdiam diri dan mereka dengan segera meluahkan kemarahan terhadap Pep.

“Semuanya salah kami, apa pun jadi ia salah kami.”

Jelas Pep Guardiola.

“Saya tak tahu kalau kami bertanggungjawab atas insiden Steven Gerrard tergelincir, kamu tahu situasi di Anfield, saya tak mahu itu kerana menghormati Steven Gerrard, tapi itu salah kami. Itu tanggungjawab kami.”

“Di England, semua orang tak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah. Tapi itu sepertinya tidak berlaku.. jadi mereka tak tunggu (untuk salahkan City). Jadi bagi kami pertahankan diri kami sendiri.”

Selepas tularnya berita yang Man City sedang disiasat oleh Premier League, timbul spekulasi yang mengaitkan dengan Pep Guardiola bakal meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.

Hal itu kerana beliau sebelum ini pernah mengeluarkan satu kenyataan yang menyebabkan timbulnya spekulasi itu.

Walau bagaimanapun, Pep Guardiola kini tampil menegaskan yang beliau tidak akan pernah meninggalkan City dan mahu terus berkhidmat untuk kelab.

“Saya tak akan pergi ke mana-mana. Saya boleh beri jaminan 100 peratus yang saya mahu kekal. Saya sangat pasti.”

Pep Guardiola menyertai Manchester City pada permulaan musim 2016/17 dan beliau baru-baru ini sudah menandatangani kontrak baru selama dua tahun di Etihad dengan beliau akan kekal bersama kelab sehingga 2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN