Petr Cech Anggap Hoki Ais Lebih Menarik Daripada Aksi UEFA Champions League

Penjaga gol legenda, Petr Cech menganggap sukan hoki ais yang kini merupakan kariernya sebagai sesuatu yang sangat indah, selepas beliau menyatakan ianya lebih bagus daripada beraksi dalam saingan UEFA Champions League (UCL).

Kenyataan ini dikeluarkan selepas beliau menganggap itu sebagai impiannya ketika kecil dan kini Cech menikmati sukan tersebut dengan baik sekali, selepas bersara daripada dunia bola sepak.

Cech menjadi antara watak penting pada tahun 2012, selepas Chelsea buat pertama kali menjuarai UCL ketika mereka berjaya menewaskan Bayern Munich dengan keputusan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Kejayaan itu meletakkan Cech untuk turut merangkul gelaran individu iaitu Fans’ Man Of The Match di Allianz Arena, Munich di hadapan puluhan ribu para penonton.

Selain itu, Cech juga turut membantu Chelsea untuk menjulang kejuaraan English Premier League (EPL) kali keempat dan menjadikan pasukan tersebut sangat digeruni ketika itu.

Untuk rekod, Cech juga dianggap sebagai salah satu penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dan diakui sebagai legenda di negaranya iaitu Czech Republic.

Walaupun begitu, penjaga gol tersebut mengakui ingin mencari lebih banyak kejayaan ketika ini dalam sukan baharunya iaitu hoki ais.

Selepas persaraannya dalam sukan bola sepak pada tahun 2019, Cech mula menceburi dalam bidang sukan baharu iaitu hoki ais untuk mewakili Guildford Phoenix selain muncul selaku pemain terbaik pada aksi pertama beliau.

Sambil menjadi pemain untuk Guildford Phoenix, ketika itu Cech juga menjadi Penasihat Teknikal buat Chelsea dan itu tidsk menghalang beliau untuk konsisten dalam sukan tersebut.

Pada tahun lalu, Cech meneruskan langkah beliau dengan lebih jauh dalam sukan itu untuk menandatangani kontrak bersama kelab baharunya iaitu Chelmsford Chieftains dalam saingan NIHL divisyen satu.

Beraksi selaku penjaga gol bersama kelab tersebut, Cech turut diberi penghormatan untuk menyarung jersi nombor 39 sebagai simbolik kepada legenda Chicago Blackhawks iaitu Dominik Hasek.

“Ianya merupakan suatu tekanan yang sangat berbeza ketika saya beraksi dalam sukan hoki ais.

“Ianya lebih menyeronokkan untuk bermain sukan ini berbanding beraksi dalam saingan Champions League untuk semuanya.

“Hingga kini, saya masih lagi mempunyai rasa perasaan seperti lalu dalam diri sebab saya nak menjadi yang terbaik.

“Saya nak kemenangan dan sentiasa benci menerima kekalahan. Perasaan yang sama ketika beraksi selaku pemain bola sepak dahulu.

“Anda akan mempunyai lagi perasaan ini ketika berjalan di koridor menuju ke ais dan dikelilingi oleh orang ramai.

“Mungkin sedikit berbeza jika pasukan anda hanya mempunyai 30 penyokong, tetapi bangunan tersebut sentiasa penuh dan itu membuatkan saya suka,” ujar Cech menerusi Sports Bible.

Ketika ini, pasukan diwakilinya tewas kepada Invicta Dynamos pada Ahad lalu dan kedudukan mereka berada di tangga kelima liga serta aksi seterusnya akan bersambung pada hujung minggu ini.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN